.::FuTure LeAdEr::.

Friday, June 3, 2011

DaFtAr PeNguNdi?? PerLu ke??

Assalamualaikum kawan-kawan...semoga sihat selalu..bagi yang menyambut hari lahir hari ini, Selamat Ulang  Tahun, gunakan umur anda sebaik-baiknya kerana ia akan ditanya oleh Tuhan yang memberi umur itu.  Bagi yang dah berumur 21 tahun, ingat-ingat ye, jangan lupa daftar sebagai pemilih.

"daftar pemilih?? perlu ke?? why should i do??aku tak ingin pun nak ambil tahu hal-hal politik ni.."

tulah dialog yang selalu kita dengar dari bibir anak-anak muda

Ingat, politik itu sebahagian dalam Islam. kerana Islam juga agama yang mengajar kita cara berpolitik yang betul.  Jika anda tak ambil tahu hal politik, sama seperti anda tak nak ambil tahu ajaran Islam.  kalau anda tak nak daftar sebagai pemilih, samalah seperti anda tak nak ambil tahu hak anda sebagai rakyat.

Saya ingin memetik ingatan daripada Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Bin Taib bahawa hukum mendaftar sebagai pengundi adalah wajib dalam Islam.  kerana memilih pemimpin yang baik itu sama seperti melaksanakan menyokong perkara makruf dan mencegah kemunkaran.


Kawan-kawan tahukah anda, biasanya strategi parti politik di Malaysia, mereka akan meletakkan calon mengikut nisbah kaum dalam senarai pengundi??  contohnya di kawasan bandar, biasanya didominasi pengundi Cina, sebab itu ramai ahli parlimen berbangsa itu di bandar.

Atas sebab itu, parti kaum Cina lebih agresif mendaftar anak-anak mereka sebagai pengundi.  Anak-anak Islam pula sibuk melepak main gitar di tepi jalan.  Akhirnya walaupun majoriti penduduk di suatu tempat adalah Melayu, kaum lain juga yang menjadi ahli parlimen atau Adun.

Pada waktu itu, tanggunglah dosa anda sebagai seorang Islam yang mengabaikan tanggungjawab.  keran sikap tak ambil tahu anda, anda telah menyebabkan orang Islam dipimpin oleh orang bukan Islam.  Saya bukan tak percaya pada bukan Islam, tapi saya suka berwaspada.  Tindakan menjadikan mereka pemimpin atasan bukan langkah yang waspada.

Bukankah Islam itu tinggi?? Orang Islam juga perlu berada di tempat tinggi.

Ayuh kawan-kawan.  Pilihan raya dah dekat.  Cepat-cepat mendaftar=)

Wednesday, June 1, 2011

SaMpAiKan SeDeKahKu KepAda PaRa PeLaCur

Assalamualaikum Kawan-kawan..semoga sentiasa mendapat rahmat Allah. kerana tanpa rahmat Allah tiada erti manusia yang dijadikan daripada setitik mani..ayam tak patuk itik tak sudu.

Saya baru lepas baca satu entry blog yang dipos oleh seorang rakan dilaman facebook.  agak menyedihkan seorang gadis yang masih dibawah umur tanpa rasa segan silu mengaku dirinya 'takda dara'.  Namun masih yakin mempertahankan maruah dirinya.  Saya tak redha dengan kemunkaran ini, namun saya tak pernah membenci adik tersebut kerana kita tidak sepatutnya membenci manusia kerana mereka masih lagi saudara kita.  tetapi lebih patut kita membenci perbuatan jahat mereka.

Baca dan ambil iktibar dari kisah benar ini.

Seorang ulama besar Hadis sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya.Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan hadis dan bertanyakan sesuatu yang membuatkan semua murid terpinga-pinga.


“Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar.Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?” Tanya sang murabbi pada seluruh muridnya.

Salah seorang murid kanan Syeikh menjawab dengan penuh adab, “ Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami, moga kami mampu untuk menunaikannya untuk Tuan Guru”.

Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “ Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan, adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?”

“Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”jawab Murid tersebut dengan bersemangat.

“Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.

“Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”Jawab Tuan Guru dengan tenang.

Keadaan menjadi bingit, masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.

“Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini. Kalau begitu tidaklah mengapa. Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.”Tuan Guru menjawab dengan tenang.

Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan. Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut. Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.

“Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku(Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah taala” Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut.

Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini. Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan. Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.

Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.

“Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu, saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian. Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala”.

Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka. Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.

Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut. Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru. Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.

Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini. Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.

Tuan Guru yang saya maksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullahu taala. Beliau wafat pada 1354 Hijriyah.Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin” yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka.

Ingat kawan-kawan, dakwah yang sebenar janganlah anda mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.  dakwah terbaik adalah dakwah bil hal yang ditunjukkan Sayyiduna Muhammad SAW.

Jangan angkuh sekiranya kita ni baik, mentang-mentang maruah kita terpelihara kita memperlekeh orang lain.  Kerana kita takkan masuk syurga kerana amalan ibadah kita. Maha Suci Allah, Allah tak berhajat kepada ibadah kita. Tetapi kita masuk syurga tidak lain hanya kerana rahmat dari Allah

Dan sesungguhnya rahmat Allah itu berhak kepada sesiapa yang Dia kehendaki..termasuk adik tadi jika Allah mahu..dan mungkin kita ini bukan empunya rahmat Allah itu...Nauzubillah..sekian

Sunday, May 22, 2011

WasPaDa dengan BuKaN MusLim

Assalamualaikum wbt kawan-kawan, semoga sentiasa sihat, bahagia dan tersenyum manis setiap saat... semanis-manis manisan itu adalah kemanisan iman..

Hari ini saya terbaca artikel di Malaysian Insider..bukan bermakna saya pembangkang..kerana saya akan baca Berita Harian, Utusan, Malaysian Insider dan Harakah setiap hari. Kerana saya tak boleh terima ketidakadilan. Pada saya paper kat Malaysia semuanya bias..PR kata Utusan bias, Kerajaan kata MI bias..sebenarnya dua-dua bias..takkan anda tak nampak?

 Artikel tersebut bertajuk "Pemimpin Islam Persoal Kesetiaan Bukan Muslim, Mahu Hak Dikaji Semula"

Bekas YDP Yadim mempersoalkan kerajaan terlalu melayan kerenah bukan Islam dengan mencurahkan hak-hak sivil selebat-lebatnya semata-mata untuk menarik undi mereka..

Malangnya saya melihat undi kaum Cina semakin beralih kepada DAP. MCA yang terdesak terus mendesak kerajaan menambah hak kaum Cina..Kerajaan pun kata ok je..kemudian Kaum Cina terus menyokong DAP..MCA yang semakin terdesak semakin mendesak kerajaan bagi hak lebih kepada kaum Cina..masa tu kerajaan dah pening kepala...yang rugi?? orang Islam lah.

Satu quote dari Datuk Nakhaie,"Jika mereka melanggar perjanjian kita, maka mereka adalah musuh kita dan mesti dibuang dari negara ini".

Bukankah itu yang Nabi SAW buat? ketika pemerintahan Baginda SAW yahudi boleh tinggal di Madinah asalkan mereka patuh pada pemerintahan Islam. yang menyaksikan kaum-kaum yahudi disingkirkan dari Madinah kerana memerangi Islam.

Tapi orang Islam tak suka sebut benda ni sebab nak jaga air muka MCA dan DAP.kerana tanpa undi pengikut mereka siapalah kita. MCA dan DAP saling melengkapi tanpa kita sedari. UMNO dengki dengan PAS, dan PAS berdendam dengan UMNO.  Sama macam magnet kutub utara dan kutub selatan.  Sebagai Melayu Islam, saya bersedih dengan situasi ini.

Beberapa minggu lalu gempar isu Paderi Kristian bersumpah mahu jadikan kristian agama rasmi negara. dan Perdana Menteri kristian. Selepas kecoh, paderi-paderi ni menafikan statement tu.

Utusan dituduh bertalu-talu kerana cuba meniupkan api kemarahan, racist dan sebagainya.

Datuk Ibrahim Ali yang berkobar-kobar memberi amaran kepada pengeluar statement tersebut dimarah kerana cuba menuang minyak tanah dalam api.

Utusan dituduh oleh orang Islam, Datuk Ibrahim di marah oleh orang Islam.

Paderi-paderi tersebut?? diam jelah, sebab orang Islam awal-awal dah back up dia.

Melayu yang bernama Islam ni lebih percaya kepada penafian paderi melebihi pendedahan yang dibuat orang Islam.

walaupun anda pikir Utusan dan Datuk Ibrahim tu tak seberapa Islamik, mana lebih baik? Islam yang tak Islamik atau kafir yang memang kafir??

Anda tak sedarkah dah teruk sangat kita dibuli?? mana maruah anda sebagai orang Islam buat benda-benda macam nI??

Air mata berlinang ketika menaip post ni....

selepas ni percayalah, Datuk Nakhaie dan dua lagi pemimpin Islam yang diwawancara dalam artikel itu akan dicemuh terlebih dahulu oleh orang Islam kerana mereka tegas dengan orang bukan Islam..

Air mata yang berlinang tumpah ke pipi..

Thursday, April 28, 2011

AlhamDuliLLah, DiTeriMa MenJaDi TeTaMu AllAh

Assalamualaikum Kawan2..

Esok saya nak bergerak ke Tanah suci Mekah...

Alhamdulillah ada dapat sedikit rezeki Allah untuk jadi tetamuNya...

Saya mohon maaf sekiranya ada silap dan salah dan..

Sudah pasti salah saya terlalu banyak...

Doakan saya pergi dan pulang dengan selamat...

Dalam rahmatNya..

Mudah-mudahan ni permulaan yang baik untuk hidup saya...

Hidup yang lebih bermakna sebagai hamba Allah..

dan kawan2 juga..mudah-mudahan yang terbaik untuk saya dan kalian..


HAMBAMU TELAH DATANG MENYAMBUT PANGGILANMU YA TUHAN...

HAMBAMU DATANG MENYAMBUT PANGGILANMU..

SESUNGGUHNYA SEGALA PUJI-PUJIAN, NIKMAT DAN KERAJAAN ADALAH KEPUNYAANMU

DAN TIDAK ADA SEKUTU BAGIMU...=)

Wednesday, April 27, 2011

MaSjiD BuKaN HaK MutLaK AjK MaSjiD

Assalamualaikum kawan2..Alhamdulillah baru tiba di rumah..usai menjemput adik di UiTM Melaka sempat kami meronda2 di Bandaraya Melaka Bersejarah, sambil bersiar2 sambil ambil2 gambar.  Kami adik-beradik cukup suka bersiar2 tempat2 macam tu, jimat dan tak payah keluar duit.


Tiba2 bateri kamera kong, aduss spoil betullah..

Lalu kami singgah di sebuah masjid yang saya rasa paling besar kat Pusat Bandaraya Melaka.  Waktu zuhur dah nak masuk.  Indah nian masjid ni..mesti seronok solat jamak kat sini.  Sambil tu saya suruh adik charge bateri kamera. Boleh ambil2 gambar masa berjalan nanti.

Tiba2 datang pengawal keselamatan menegur"adik, imam besar masjid ni tak benarkan jemaah charge apa2 kat sini, maaf, tu je pakcik nak cakap".  Saya terkesima..hmm..pakcik tu pun muka serba salah je..kesian pulak.."takpelah pakcik, saya paham.tugas pakcik" jawab saya dengan kesal.

Situasi ini amat mengecewakan sekiranya berlaku di Masjid.  Pada pendapat saya yang hina ni,masjid bukan tempat untuk solat sahaja. Tapi masjid adalah pusat segala ibadah. Ibadah bukan solat sahaja, tidur juga ibadah, makan juga boleh jadi ibadah. Pada saya tak salah jika musafir seperti kami untuk charge handset atau ladtop dan kamera. kerana ke mana lagi kami boleh pergi kalau bukan masjid?

Sayang masjid yang besar dan indah, tapi tidak digunakan untuk umat


takkan nak pergi gereja pulak?

Kebanyakan AJK masjid khususnya di Malaysia telah menjadi liabiliti kepada masjid. Malah menjadi fitnah kepada agama.  Maaf jika saya keterlaluan. Situasi berikut sering berlaku:

1. Suka kunci masjid apabila bukan waktu solat.  dengan alasan takut barang2 berharga hilang. saya tak paham masjid yang menjadi hak umat Islam, ia adalah harta waqaf. tapi bagaikan menjadi stor tempat simpan barang berharga!

2. Tak benarkan tidur dan makan dalam masjid.  Saya paham mereka khuatir masjid kotor, tapi orang yang singgah ke masjid adalah pencinta masjid, InsyaAllah mereka akan menjaga kebersihan.  Makan dan tidur bukan sejenis maksiat yang haram dilakukan. Tetapi umat Islam mesti menjaga kebersihan masjid.

3.  Duit masjid hanya disimpan kerana ia dianggap aset masjid, masjid yang banyak duit, masjid yang hebat.  sedangkan mereka memegang amanah untuk membelanjakan wang2 itu untuk manfaat orang Islam. bukan simpan saja buat pencuci mata.

4.  Menjadikan masjid hanya pusat orang tua2, tak pandai nak menarik anak2 muda. Program yang diatur tak mesra remaja.  Masjid bagaikan neraka kepada remaja yang gersang jiwanya. mereka terpaksa datang seminggu sekali padahal mereka tidak rela.

5. dan banyak lagi..

Mereka sepatutnya malu menyeru di ats mimbar agar umat Islam mengimarahkan masjid,

Case 1:
Saya pernah menyaksikan seorang 'ahli masjid' menyindir seorang anak muda yang jarang ke masjid. "datang masjid pon nak pakai seluar jeans?"

Masjid bukannya rumah anda, dan iman anda tak terletak pada seluar, atau labuhnya jubah anda atau besarnya serban anda.

Case 2
dan pernah juga saya jumpa seorang imam yang kami minta tolong untuk ajar remaja2 yang belum pandai mengaji.dia berkata "saya boleh agak, dua tiga minggu je korang ni datang mengaji, lepas tu mesti sorang2 hilang"..mengecewakan imam ni..

Takdir seseorang di tangan Allah, bukan di tangan anda..sepatutnya imam menjadi sumber inspirasi. tetapi imam ini menjadi sumber runtuhnya semangat menuntut ilmu generasi.

Case 3:
Pernah pakcik saya meminta izin untuk buat 'talk' di masjid, lalu imam ni menjawab "awak tak tau ke masjid ni ada program sendiri, kami ada program budaya Quran tiap2 malam tau? tahlil dan tazkirah mingguan"..

Adakah anda fikir anak muda mahu duduk bersama orang2 tua mengaji Quran di Masjid? mereka anak muda yang tak suka program tradisional seperti itu. Mengaji al-Quran amalan mulia, tetapi perlu pendekatan baru. Bahkan anak imam pun malas bersama ayahnya mengimarahkan program masjid.Patutnya orang berilmu lebih arif.

Case 4:
Pernah seorang guru bawa anak2 muridnya berjemaah maghrib pada malam jumaat, minta tolong Imam buat solat hajat, baca yasin untuk students UPSR, ini dia soalan dari Imam yang hebat, "awak ada bawak surat tak? ada hitam putih tak?"

Case 5:
Situasi akhir, ketika ayah saya bawa seorang saudara baru mendaftar di Pejabat Agama, kebetulan ada seorang imam berurusan disitu, lalu ayah saya membawa muallaf tersebut berjumpa imam itu dengan harapan beliau mengucap tahniah dan memberi semangat kepada muallaf tersebut. malang sekali imam tu cuma berkata pada ayah saya "oh awak islamkan orang bukannya nak bagi tau saya ye" dia berlalu dengan wajah serius.. Apakah ini ajaran islam sebenar??

Solusinya, wahai pentadbir masjid, anda merupakan khalifah yang dipilih Allah untuk mentadbir rumahNya. Lakukan ia kerana Allah, bukan kerana anda dibayar gaji.  InsyaAllah masjid adalah tempat paling selesa untuk kita singgah.

Wahai remaja tiang agama, pasak negara pewaris bangsa, sesungguhnya Islam itu indah dengan sendirinya. bukan kerana penganutnya.terokailah keindahan Islam dengan mempelajarinya bukan mempelajari pengikutnya.

Andai masjid kini tidak mampu menarik hatimu, teruskan hadirkan dirimu kesana, sediakan dirimu untuk menjadi pewarisnya.  Jadikan masjid ini satu keseronokan kepada generasi sebelummu..

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan sholat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orag yang mendapat petunjuk”.
(At-Taubah ;18)

Tuesday, April 26, 2011

FaDzLy JuNiOr

Assalamualaikum kawan2, selamat bersua kembali=)

Hari ini adik saya yang paling bongsu sekali, Muhammad Nur Faridzuan telah menyertai pertandingan Azan mewakili sekolah agama Pontian besar.  Alhamdulillah dia telah mendapat johan dalam pertandingan tu.. sedikit sebanyak sebagai abang saya rasa terharu dengan kejayaannya..

Kira-kira 9 tahun dulu saya pun pernah menyertai pertandingan yang sama.. suara tak da laa sedap sangat, tapi syahdunya ada..=P tapi oleh sebab cikgu dah pilih, saya pun menyahut cabaran masuk pertandingan azan dan tarhim untuk sekolah-sekolah agama Pontian masa tu.

Namun rezeki saya kurang sedikit dari adik saya..huhu..

Pendek kata saya tak pernah dapat johan dalam semua pertandingan yang saya masuk. 

Pertandingan Azan-Nombor2
Pertandingan berzanji-Nombor 2
Syarahan Bahasa Arab-Nombor 2
Kuiz Pelaburan PNB-Nombor 2
Anak ke berapa?-Nombor 2
Bola Sepak daerah- tak pernah masuk pertandingan
Futsal Negeri-tipulah kalau saya menang
Football kebangsaan- Memang hancur kalau saya masuk..haha

Tulah ceritanya, saya ni ibarat muka nombor 2..masuk pertandingan apa pun mesti nombor 2.  Harap-harap bini takda dua orang lah=p

Syukurlah...Alhamdulillah..At least ada junior yang sambung perjuangan abang dia..

Ayah pernah kata"kalau awak tengok iwan, tulah awak masa kecik-kecik, memang serupa, gelap sama gelap, banyak cakap, aktif dan nakal"

Kadang2 tengok gelagat adik2, saya ketawa sendiri..sebab tu memang jelmaan saya masa kecik..

Haa ni lah iwan a.k.a "Fadzly junior"

Gambar Kabur sket..maaf