.::FuTure LeAdEr::.

Tuesday, March 9, 2010

Antara kelas dengan solat subuh



kadang2 saya sedih melihat kawan2 yang bukan sengaja tinggal solat subuh. tapi oleh kerana kelopak mata yang terlalu berat, solat subuh ditinggalkan. syaitan bebrbisik " alah, x ape la x solat subuh, klau tetido dosa kau dimaafkan, esok boleh qada". licik sungguh syaitan ni. dalam hal ini pada pendapat saya, bukan salah mata yang mengantuk itu, tapi salah tuannya yang tidak mengamalkan cara hidup Islam. tahukah kita, Nabi saw mengajar kita agar kurangkan bercakap selepas isya'. seelok2nya tidur awal untuk bangun awal sebelum subuh keesokan harinya. ini barulah cara hidup muslim yang sebenarnya. tapi ramai yang beralasan, banyak assignmnt, berfacebook, main dota, lepak, main futsal dan macam2 alasan lagi.

rakan2 yang dikasihi, mengapa Islam menganjurkan kita tidur awal dan bangun awal. ini kerana waktu selepas isya' itu hak bagi tidur. manakala sebelum subuh dan selepasnya hak untuk kita beribadat dan bekerja. menyiapkan assignment selepas isya' adalah kerja yang tidak smart, kerana mata kita akan mudah letih. sebaliknya sebelum subuh, waktu itu lebih sunyi dan senang kalau nak belajar. memang susah nak bangun, tapi itulah rahsia disiplin seorang muslim dalam mendidik nafsu.

ramai antara kita tidak tahu besarnya dosa meninggalkan solat subuh. kita x pernah rasa gentar dan menggelabah sekiranya terlewat bangun subuh.

contohnya, waktu syuruk hari ini 7.24 a.m. tapi kta terbangun pukul 7.15a.m. apa yang kita rasa??? kita x rasa apa2?malah boleh siap mengeliat lagi.. sebabnya solat tu diringan2kan. alah solat subuh..2 rakaat.. apa ada??..masyaAllah..

tapi cuba kalau kita terlambat bangun untuk ke kelas. kelas pukul 8.30. kita tersedar pukul 8.25.
sepantas kilat mata kita tercelik..mulut berkata "alamak aku dah lambat..abes la madam rokiah mengamuk nanti"...

adakah anda lebih gerun dengan madam anda yang cuma akan kunci pintu kelas klau kita lewat?? tak takutkah kita pada Allah Yang Maha Keras Siksanya???? malah Allah berhak mengunci pintu syurga untuk kita. jika lecturer anda boleh potong mark anda, jgn lupa Allah lagi berhak memotong amal seumur hidup anda!!!

antara solat subuh dengan kelas....siapa sebenarnya Tuhan kita??buat renungan semua

Jangan taksub membidaahkan orang, guna pendekatan khilaf 2

sambungan daripada edisi yang lalu:
3- Tidak sombong untuk kembali kepada kebenaran apabila yakin dirinya tersilap.
Imam Ahmad pernah menarik balik tuduhan bidaahnya kepada perbuatan seorang lelaki buta yang membaca al-Quran di sisi kubur selepas Muhammad bin Qudamah menyebut ada hadis menyokong perbuatan lelaki itu membaca awal dan akhir surah al-Baqarah.
Apabila dikebumikan jenazah, Muhammad bin Qudamah menyebut, "Aku mendengar Ibnu Umar mewasiatkan dengan perkara itu." Ulama menyebut, "Sesungguhnya untuk menjadi ekor dalam kebenaran lebih aku sukai daripada menjadi kepala dalam kebatilan."

Imam Syafie berkata, "Aku tidak pernah berdebat dengan seseorang melainkan aku lebih suka dia diberi taufik, diluruskan, dibantu dan dikurniakan pemeliharaan serta penjagaan daripada Allah SWT. Aku tidak pernah berdebat melainkan aku tidak peduli sama ada Allah menzahirkan kebenaran itu melalui lidahku mahupun lidahnya."

4- Menjauhi masalah yang menyebabkan fitnah, pergaduhan dan huru-hara. Pada hari ini kita lihat ramai yang gemar membicarakan perkara yang mencetuskan kontroversi dalam masyarakat setempat.

Sangkaan mereka masyarakat sekitar termasuk tok guru tersilap. Kononnya mereka yang mengetahui hadis dan al-Quran. Kesan daripada adab ini dapat kita lihat melalui kehidupan imam mazhab empat seperti:

i) Saling memuji antara satu sama lain. Imam Syafie memuji Imam Abu Hanifah,"Manusia fakir (berhajat) kepada Abu Hanifah dalam fiqh." Imam Syafie memuji gurunya, Imam Malik, "Apabila disebut ulama, Malik ialah bintang yang bergemerlapan." Imam Ahmad bin Hanbal pernah ditanya adakah Imam Syafie seorang pakar hadis lalu beliau menjawab, "Demi Allah, beliau seorang pakar hadis." Diulang-ulangnya sebanyak tiga kali.

Imam Syafie berkata, "Aku keluar dari Baghdad dan aku tidak meninggalkan di sana seorang yang lebih warak, lebih bertakwa, lebih faqih dan lebih alim daripada Ahmad bin Hanbal."

ii) Saling menghormati antara satu sama lain. Penghormatan yang diberikan sesama mereka adalah dalil lain yang menunjukkan kasih sayang dan kekaguman yang terbuku di dalam hati sanubari mereka.

Imam Syafie membelek helaian kertas dengan lembut di hadapan Imam Malik kerana kagum dengan kehebatan beliau. Tujuannya supaya Imam Malik tidak mendengarnya. Imam Syafie tidak baca qunut ketika solat Subuh berdekatan kubur Imam Abu Hanifah kerana beradab dengannya.

Ini dalil yang menunjukkan mereka tidak hanya menghormati orang yang masih hidup malah apabila meninggal dunia.

iii) Saling mendoakan antara satu sama lain dalam keadaan tidak diketahui tuannya. Imam Ahmad berkata, "Aku tidak pernah solat sejak 40 tahun yang lalu melainkan aku akan mendoakan untuk Imam Syafie rahimahullah."

Kita hendaknya selalu memohon kepada Allah untuk diberi petunjuk kepada kebenaran serta perkara yang menjadi perselisihan.

Kita lemah dalam segala hal kerana hawa nafsu sering mendahului yang menyebabkan jalan kebenaran tertutup.

Kita perlu menghormati pendahulu yang mendahului kita dalam iman dan amal selain tidak melupakan untuk mendoakan kebaikan serta kesejahteraan untuk mereka.

Jangan taksub membidaahkan orang, guna pendekatan khilaf 1



rambut sama hitam, hati lain2. itulah bidalan lama yang dapat merujuk manusia yang sering berbeza pendapat. begitu juga dengan ulama yang sering kita dengar perbezaan pendapat mereka.Ulama berbeza pendapat jika isu yang dibangkitkan bersifat zhonni atau menerima perbezaan takwilan serta pandangan dalam keadaan yang baik. Mereka tidak pernah menjadikan perbezaan itu asas permusuhan.

Allah SWT berkuasa menjadikan manusia bersepakat di atas satu agama dan sependapat, tetapi Allah sengaja tidak berbuat demikian. memang menjadi fitrah manusia bebeza pendapat, tapi kita perlu berlapang dada untuk hormat pendapat orang lain.

Ada berpendapat perbezaan dalam kalangan ulama tidak sepatutnya berlaku kerana nas al-Quran dan Sunnah sudah ada. Justeru, mengapa masih bertelingkah? Pemikiran sebegini timbul kerana mereka kurang faham mengenai sebab khilaf di kalangan ulama.
Sifat ta'ssub (fanatik) dan berkelompok dengan satu pandangan perlu dihindari.

Ia boleh dielakkan jika ditangani dengan adab berkhilaf, antaranya:

1- Tidak memaksa orang lain mengikut pendapatnya semata-mata selagi perselisihan itu di tahap 'al-mukhtalaffih'.Tiada imam yang mengaku pendapatnya ialah wahyu. Malah, tiada sesiapa mendakwa orang yang tidak berpegang dengan pendapatnya melakukan maksiat.Sesungguhnya mereka hanya berijtihad mencari kebenaran dan ijtihad mereka terbina di atas dalil yang bersifat zhonni. Adapun yang qot'ie (jelas), tiada khilaf sesama mereka.
Disebut dalam Tarjamah Imam Malik rahimahullah, bahawa Abu Jaafar Al-Mansur pernah bercadang menjadikan kitab Muwatto' karangan Imam Malik rahimahullah sebagai rujukan lalu mengabaikan ijtihad dan pendapat lain. Maka, Imam Malik menolak cadangan itu kerana bimbang ia akan menolak pendapat ulama yang lain.

2- Tidak mengingkari pihak yang berlainan pendapat dengannya: Tidak melemparkan tuduhan bidaah atau sesat kepada orang yang tidak sependapat dengannya.Imam Al-Ghazali menyamakan masalah khilaf di kalangan ulama dengan masalah dua orang musafir yang berijtihad dalam masalah arah kiblat dan ijtihad mereka berbeza. Maka, kedua-duanya berhak solat ke arah kiblat yang disangka berdasarkan zhon mereka dan hendaklah menyekat diri daripada mengingkari temannya.
Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie pernah solat di belakang imam mazhab Maliki di Madinah padahal golongan itu tidak membaca bismillah (dalam al-Fatihah) secara perlahan atau kuat. Namun, hari ini kita sentiasa mendengar kalimah seperti bidaah, sesat, Wahabi dan yang sewaktu dengannya. to be continued...

Saturday, March 6, 2010

Geerts Wilders hina ISlam lagi!!!


Pemimpin anti-Islam Belanda, Geert Wilders mengutuk kitab suci al-Quran di dalam Dewan Tinggi Britain, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat di dalam bangunan pentadbiran itu serta mencetuskan protes di luar Dewan bagi melahirkan tanda kemarahan.

Sebelum ini Wilders pernah menghina Nabi Muhammad dengan menyifatkan baginda sebagai ‘orang gasar dan fidofilia’.

Wilders menayangkan filem 15 minit Fitna kepada kira-kira 60 orang semalam, termasuk beberapa orang bangsawan dalam bilik jawatankuasa Parlimen. Filem tersebut mengaitkan al-Quran dengan keganasan, tentangan terhadap homoseksual dan penindasan wanita.

Di luar Dewan, kira-kira 200 penunjuk perasaan mengejek dan melaungkan ‘Samseng fasis keluar dari jalan-jalan raya kami’. Polis juga bergelut dengan penunjuk perasaan yang cuba menyekat jalan raya bagi menghalang demonstrasi aktivis penyokong Wilders, Liga Pertahanan England daripada menghampiri Parlimen.

Ahli politik berambut perang itu kemudian berucap kepada media Britain dengan memetik kata-kata Thomas Jefferson, George Orwell dan merujuk kepada Pindaan Pertama dalam Perlembagaan Amerika Syarikat (AS).

“Saya percaya Islam adalah agama yang ganas dan bahaya, namun saya tidak memushi penganutnya,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, Wilders mahu seluruh Eropah mengharamkan pendatang beragama Islam kerana didakwanya membawa ideologi fasis.

Lawatan itu dan kontroversi yang menyelubunginya, melonjakkan imej Wilders menjelang kempen pilihan raya umum yang akan dihadapi Parti Kebebasan pimpinannya.

Parti itu menunjukkan prestasi baik pada pilihan raya kecil minggu ini dengan memenangi sebuah bandar dan berada di tempat kedua di sebuah bandar lain.

Wilders berkata, dia mungkin menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya pada 9 Jun ini dan akan menutup semua sekolah orang Islam, menghentikan pembinaan masjid baru malah mengharamkan al-Quran. – Utusan Malaysia

saya x paham apa yang tidak kenanya pada Islam sampai dia kata Islam ni bahaya. jawapannya mudah. ada dua sebab, pertama serangan orang kafir terhadap Islam. mereka mengatakan kita extrimis, pengganas dan tidak bertamadun. ini kita tidak hairan kerana memang kerja orang bukan Islam untuk merosakkan Islam.

kedua, sikap umat Islam itu sendiri. hari ini, umat Islam sudah gagal untuk tunduk pada ajaran agama sendiri. mereka tidak mencerminkan sedikit pun kemurnian Islam. mereka berpakaian tidak menutup aurat. mereka tidak menjaga kebersihan, pengotor. sedangkan Islam mengajar kita supaya sentiasa bersih. mereka suka berhibur berlebih2han. mengimarahkan kelab2 malam. mendengar lagu2 yang membawa dakyah yahudi.. mereka membiarkan saudara mereka terkapai2 menahan luka yang ditujukan oleh kuffar. mereka sendiri yang merosakkan imej Islam. sedangkan sebaik2 dakwah adalah melalui qudwah hasanah seperti yang nabi buat.

inilah yang menghairankan. tidak pelik jika kuffar mahu merosakkan Islam. tetapi agak aneh jika umat Islam sendiri yang merosakkan Islam.

kita sibuk mengatakan dunia ini diperintah oleh agen2 yahudi. sibuk mahu menegakkan ajaran Islam. padahal diri sendiri tidak melaksanakan Islam. Salah sendiri. ingin ditegaskan. perubahan pada kerajaan, khilafah, ummah yang berlandaskan Islam bermula pada diri muslimin. Siapakah muslimin ini? kita semua. Wallahua'lam

Syariah dan Sivil?? mana satu yang zalim??




Baru2 ni heboh diperkatakan tentang hukum sebat yang dijalankan keatas 3 wanita. sebelum itu dunia heboh apabila Kartika dikenakan hukuman sebat kerana didapati bersalah meminum arak. ramai yang memberi reaksi positif termasuk Kartika dan keluarga sendiri. tidak kurang pula mereka yang bodoh menentang hukuman ini. termasuklah NGO, individu dan juga negara asing. memang secara hukumnya, hukuman syariah di Malaysia totally tidak lengkap. Hukuman pesalah minum arak yang sepatutnya 80 atau 40 kali sebatan hanya dikenakan enam sebatan. itupun banyak lagi yang nak menentang. namun Alhamdulillah itu satu perkembangan yang baik buat hukum Syariah di Malaysia.

tidak kurang pula pihak pembangkang yang mengatakan itu hanya permainan politik oleh UMNO. kononnya UMNO mahu menunjuk mereka 'juara rakyat' dalam menegakkan umat Islam. saya tidak mahu memihak kepada sesiapa. utusan saya baca, harakah pun saya ikuti. tapi dalam hal ini, sangat tidak bersetuju apabila tuduhan ini dibuat. jika sebelum ini kerajaan dikatakan tidak melaksanakan hukum syariah yang ada. tapi bila sudah dilaksanakan kerajaan dituduh pula mahu menunjuk jaguh merekalah yang menjalankan proses islamisasi yang serius. apa yang kamu mahu sebenarnya??

pada saya, t6entangan yang dibuat ini adalah kerana kurangnya pengetahuan masyarakat tentang hukum Islam. kerana jarang sekali undang2 syariah yang ada dilaksanakan. jadi rasanya tidak salah jika parti2 politik Islam berganding bahu melaksanakan tugas menyedarkan masyarakat termasuk yang non-muslim. bukannya saling bertengkar. orang Melayu sudah muak mendengarnya, orang bukan Islam pula berdekah2 ketawakan kita. TIdak malukah kalian???

Berikut saya kongsikan dengan anda perbezaan sebenar dua hukuman sebat ini. Lepas ni kalau ada sahabat-sahabat kita yang berprasangka, boleh lah kita jelaskan dari apa yang telah kita baca. Sama-samalah kita manfaatkannya.

Sebatan Cara Islam
1. panjang rotan tidak melebihi 1.22 meter, diameternya tidak melebihi 1.25cm
2. Sebatan tidak boleh kena pada muka, perut, dada, kepala dan alat sulit
3. pesalah lelaki disebat keaadaan berdiri, manakala pesalah perempuan secara duduk
4. sebatan dengan kekuatan sederhana
5. pesalah mesti menutup aurat, pakaian tidak terlalu tebal dan nipis
6. tukang sebat tidak mengangkat tangan melebihi kepala
7. tidak melukakan kulit pesalah

Sebatan Cara Sivil
1. rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz
2. pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan cawat
3. cawat hanya menutup kemaluan
4. bahagian punggung akan terdedah untuk disebat. aib!!
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung khas, tangan dan kaki diikat
6. sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus
7. sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan
8. cara sentapan lagi menyakitkan kerana pesalah akan merasakan kulit mereka terkoyak.

itulah dia sedikit perbezaan hukum sivil dan syariah. banyak lagi.. belum lagi beza hukum pancung dan hukuman gantung. kita lihat hukuman pancung dalam syariah seperti zalim. tapi ia tidak benar kerana apabila pesalah dipancung dibahagian tengkuk, rasa sakitnya hanya sesaat kerana pesalah akan terus mati. manakala hukuman gantung, pesalah akan meronta2 kesakitan apabila mereka tidak boleh bernafas. selepas itu barulah mati.

saya pernah melihat video hukuman pancung di negara Arab. ia dijalankan selepas solat Jumaat agar disaksikan oleh orang ramai.. apa yang menghairankan, banyak ambulans yang menunggu. sedangkan pesalah yang dikenakan hukuman hanya seorang. hukuman pancung yang dijalankan pun sekejap sahaja kerana pedang yang digunakan sangat tajam. sekali tetak saha kepala terputus dan terus mati. kehairanan saya mengenai banyaknya ambulans yang menunggu terjawab, apabila orang awam yang menyaksikan ramai yang pengsan kerana takutkan hukuman Allah ini.. begitu sekali kesan hukuman syariah. andai melihat hukuman sahaja kita sudah pengsan beranikah kita melakukan jenayah??

hukuman had dalam Islam mempunyai matlamat pengajaran dan ancaman terhadap orang ramai. motif untuk menyakitkan dan menyeksa pesalah tidak ada langsung. Islam tidak pernah menyiksa kita. tapi kita lebih suka undang2 yang menyiksa kita. ayuh saudara2!! tugas kita menjunjung hukum Islam ini. sumber dari http://ohislam.com wallhua'lam

Melayu pupus 50 tahun lagi???


saya tertarik dengan keluaran majalah Mastika yang lepas, mengenai Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS). berikut merupakan artikel tersebut...

Lelaki berusia 50-an ini sering kali dilihat bersongkok, berbaju Melayu putih dan berkain pelikat walau dimana sahaja berada.

Tidak kira di masjid ataupun di surau, forum-forum anjuran pihak berwajib mahupun majlis-majlis rasmi yang dihadiri pemimpin-pemimpin besar dunia termasuklah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Siapakah gerangan lelaki ini?

“Itulah Cikgu Azmi! Pengerusi TERAS! Berjiwa Melayu habis!” jelas seorang teman penulis bila diajukan soalan tersebut.

Wah, seorang Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) lebih senang berkain pelikat sahaja.! Menarik, Memang menarik!

Bukan senang seorang pemimpin boleh berada di khalayak ramai, berimej Melayu bergini. Kebanyakan pemimpin kita mengenakan baju Melayu dan bersongkok hanya apabila berada di majlis yang berunsur kemelayuan misalnya hari raya, majlis diraja ataupun ketika bersolat jumaat.

Jika tidak, mereka lebih selesa berbaju kemeja, bertali leher dan berkot. Pakaian begini memang cantik, tetapi ia bukan identity Melayu, itu imej dari Barat.

Suatu hari, penulis berpeluang bertemu Cikgu Azmi atau nama sebenarnya Mohd. Azmi Abdul Hamid di sebuah hotel di ibu Negara. Tanpa membuang masa penulis bertanya, kenapa agaknya beliau begitu selesa berimej begini? Tidak ada orang ketawakah?

Maklumlah, berbaju Melayu, bersongkok dan berkain pelikat di majlis-majlis rasmi yang dihadiri tokoh-tokoh politik dan orang kenamaan. Beliau tidak berasa kekokkkah?

Cikgu Azmi tersenyum. Pertanyaan itu sudah lali diajukan kepadanya. Begini jawapan Cikgu Azmi.

“Penampilan ini bukan hanya satu identity, tetapi menggambarkan suatu keyakinan terhadap diri saya sendiri. Saya membawa mesej bahawa orang Melayu harus yakin terhadap bangsa sendiri, pakaian serta adatnya.

“Yang penting kita jangan rasa kerdil pergi kemana-mana pun dengan watak Melayu sejati kerana kita membawa sesuatu yang asli!” beritahunay jujur.

Melalui penampilan begini, cikgu Azmi berasa dia mempunyai kekuatan, keaslian dan keyakinan ke atas diri sendiri dengan jiwa merdeka.

“Jangan berasa janggal, kerana manusia penuh dengan ragamnya. Orang lain harus hormat, aa yang penting bukan bukan mempamerkan imej luaran sahaja, tetapi isinya juga”beritahu beliau tenang.

Cikgu Azmi mengaku dengan cara berpakaian begini, dia tidak merasa kekok seandainya mahu berdebat dengan mana-mana pihak walaupun orang itu adalah Setiausaha Agung PBB sekalipun.

Cikgu Azmi berasa yakin jika hendak berhujah menyatakan pendi- riannya mewakili sebuah Negara berdaulat apabila berkain pelekat dan bersongkok.

“ Apa yang saya pakai, itulah mesej saya nak sampaikan!” ujar Cikgu Azmi.

Sebelum ini, Cikgu Azmi pernah bertemu Kofi Annan mahupun pegawai pegawai-pegawai dari PBB dengan berkain pelekat dan bersongkok sebagai lambing jati diri orang Melayu.

Syabas, Cikgu Azmi kerana Berjaya menonjolkan imej Melayu di mata dunia tanpa rasa malu! Tapi, apa pula perjuangan cikgu Azmi agama, bangsa dan Negara?

Lalu Cikgu Azmi menjelaskan panjang lebar tentangTERAS yang diwujudkannya sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib bangsa Melayu.

Pada hemat Cikgu Azmi, semenjak merdeka sehingga sekarang, banyak kemelut dalaman yang melanda bangsa Melayu.

“Wujud dua aliran yang membantu membangunkan bangsa Melayu iaitu aliran politik dan aliran ekonomi. Untuk aliran masyarakat tidak Nampak tulen, jadi kami rasa perlu bergerak sedaya upaya untuk membela nasib bangsa melayu,” jelasnya.

kalangan pemimpin Melayu itu sendiri.

“Kita ada polemik ekonomi, pendidikan dan polemic budaya tetapi sayangnya polemik-polemik tersebut tidak menjadikan kehidupan Melayu itu semakin baik tetapi berakhir dengan krisis yang tak pernah selesai”.

“Bermula dengan debat, berakhir dengan kekeliruan. Mengapa jadi begini? Jadi itu yang membuatkan saya rasa tidak berpuas hati. Kalau kita lihat pada bangsa lain, sekiranya dalam kalangan mereka timbulkan krisis, mereka mampu menyelesaikannya dan ikatan itu menjadi semakin kukuh.

“Tapi tidak berlaku kepada bangsa Melayu. Jika kita perhalusi sesuatu isu biasanya akan terbengkalai ataupun berkecai begitu sahaja.

TERAS ingin mengubah konflik dalaman orang Melayu kepada suatu revolusi yang lebih baik dan bersungguh-sungguh, bukan sekadar retorik atau sekadar berslogan semata-mata,” beritahu Cikgu Azmi serius.

Perbualan antara penulis dan Cikgu Azmi semakin serius. Terpancar lelaki separuh umur ini kesedihan atas nasib banggsanya yang disayangi dan disanjung tinggi selama ini.

Apakah punca sebenar agaknya bangsa Melayu kita semakin pincang dari segala sudut? Penulis sekali lagi mengasak soalan kepada beliau.

Apakah akan terjadi kepada bangsa Melayu kelak sesudahnya kita mengecapi nikmat kemerdekaan selama 52 tahun? Apa nasib bangsa Melayu yang pernah dijulang tinggi oleh masyarakat dunia suatu ketika dahulu?

“Melayu akan pupus!” tegas Cikgu Azmi ringkas.

Penulis tersentak! Apakah benar dakwaan Cikgu Azmi ini? Pupus? Berapa lama lagi Melayu akan pupus? 100 tahun? 200 tahun? Atau mungkin 300 tahun?

“50 tahun yang akan mendatang ini…” jawab Cikgu Azmi ringkas.

50 tahun? Saya menggaru-garu kepala. Jarak 50 tahun tidak jauh. Saya seperti tidak mempercayai bangsa saya akan pupus tidak berapa lama lagi.

Mustahil! Tempoh 50 tahun amat pendek untuk sesuatu bangsa yang agung suatu ketika dahulu untuk pupus. Pasti ada hujah yang lebih kuat dapat menyokong ramalan Cikgu Azmi.

“Ya, secara zahirnya, orang Melayu itu wujud, tetapi kepupusan suatu bangsa itu ialah tatkala bangsa itu sudah tiada keyakinan untuk wujud sendiri.

Ia tidak boleh bergerak sendiri. Adat resamnya, tidak boleh dihayati, hanya akan menjadi pameran dan produk pelancongan.

“Adat resam tidak dijadikan sebagai gaya hidup. Contoh yang lain pula tulisan jawi. Apabila tulisan jawi tidak dipopularkan semula kepada bangsanya, tulisan jawi itu pupus. Melayu akan pupus bukan secara fizikal, tetapi wataknya, sifatnya, bangsanya. Lalu bangsa itu akan pupus dan hilang,”jelas Cikgu Azmi.

Penulis terkesima apabila mendengar penjelasan beliau. Seraya itu penulis terus mengajukan soalan terhadap kekeliruan yang bermain di minda. Apa puncanya Melayu pupus?

Adakah berpunca dari pucuk pimpinan dan mainan politik atasan atau jati diri orang Melayu di peringkat masyarakat sendiri penyumbang segala kepincangan dan masalah identiti,, masalah budaya, masalah penyatuan dan berbagai-bagai masalah yang penulis rasa sehingga habis penuh muka surat ini tak mungkin cukup jika disenaraikan. Apakah punca sebenarnya Cikgu Azmi?

“Sebenarnya kesedaran dan perubahan itu perlu datangnya dari setiap orang Melayu itu sendiri. Kita perlu menghayati semula apa erti 53 tahun kemerdekaan kepada orang Melayu.

Kita mesti memahami dan menjiwai erti kemerdekaan kita walaupun tidak sempurnanya kemerdekaan kita, tetapi andai kita tidak berubah, 50 tahun mendatang adalah fasa yang akan menentukan hidup mati orang Melayu.

Kita sekarang sedang meraba-raba, sungguhpun setiap orang Melayu itu sedar di mana yang tidak

kena, kepimpinan ataupun sikap orang Melayu sendiri. Kita membiarkan orang lain berubah dahulu untuk kemajuan tetapi kenapa kita tidak mahu berubah?” soal Cikgu Azmi.

Pada perkiraan beliau, walaupun bangsa Melayu itu sendiri banyak peluang dengan bantuan pelbagai agensi seperti MARA, UDA, RISDA, FELDA dan pelbagai lagi agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan yang membantu orang Melayu, tetapi masyarakat Melayu tetap tidak mahu berubah. Yang makin gahnya intitusi lain pula.

“Kalau bahagian kepimpinan pula saya menuntut politik yang jujur, tidak kiralah dari mana pihak sekalipun kerana kejujuran politik itu dapat memperhalus segala dasar yang di atas(kepimpinan) dan disalurkan dengan baik untuk dicernakan pada orang Melayu.

Malangnya ia tidak berlaku. Lalu dalam organisasi ini itu secara langsung wujudnya kromisme, nepotisme, favouritisme dan kekalutan, perebutan jawatan dan akhirnya penerima bantuan pasif (orang Melayu) tidak memperoleh manfaatnya dengan berkesan.

Andai kejujuran politik itu diterima dan dipraktikkan, maka sesuatu yang baru (baik) akan berlaku,” ujar Cikgu azmi bersungguh-sungguh.

Sebelum sesi pertemuan berakhir, Cikgu Azmi sempat mengingatkan bahawa kata-kata legenda Laksamana Hang Tuah, ‘takkan Melayu hilang di dunia’ itu membawa mesej penting pada orang Melayu iaitu Melayu akan hilang!

Perkataan hilang itu menggambarkan bahawa Melayu itu boleh hilang andai kata kita tidak berusaha untuk mengekalkannya.

Wahai bangsaku, bersediakah kita untuk pupus?

Berhati-hati dengan dakyah yahudi-iluminati



baru2 ni saya tertarik dengan research yang dibuat kawan saya mengenai iluminati. saya pun tak berapa paham apa itu iluminati.tapi menurut apa yang saya baca di internet, ILUMINATI ini adalah salah satu dari gerakan 'underground' FREEMASONRY..antara lain gerakan2 di bawah Freemason seperti Kabbala,Rotary,Lions dan lain2... apakah modus operandi mereka?? antara matlamat utamanya adalah untuk membawa kepada penyembahan satanic God mereka,yg dipanggil Lucifer..(blh search dalam ntenet gmbar Lucifer nie mcm ne)
kebanyakan pengaruh iluminati kita boleh lihat dengan jelas dalam hampir keseluruhan filem2 holllywood.. seperti Terminator,Godzilla,The Matrix,National Treasure,Lara Croft Tomb Rider,2012,Avatar dan banyak lagi... sekiranya kita peka semua scenes dalam movie2 ini kita akan dapat lihat banyak mesej yang mereka cuba sampaikan.. contohnya dalam gambar di atas, jam menunjukkan pukul 9.11, bermaksud peristiwa 11 september.antara medium lain yang digunakan juga adalah muzik. kebanyakan lagu yang dipengaruhi uminati adalah lagu yang berentak R&B yang sangat2 laju..saya sendiri pun susah nak faham..maklumlah lidah jawa..hehe.. antara penyanyi2 itu ialah lady gaga, rihanna, britney spears dan rammai lagi.. apa yang menarik perhatian saya, apabila rakan saya yang explore kandungan lagu itu memutarkan lagu itu secara terbalik di ladtop, terlalu banyak ayat2 yang membawa maksud pemujaan terhadap dajjal, lucifer dan syaitan. ada juga lagu yang menyebut "no Muhammad".... tersentak rasa hati.. mengapalah umat Islam terlalu taksub dengan penyanyi2 itu...apa faedah yang umat Islam dapat dari mereka..boleh dikatakan apa yang mahu disampaikan terlalu complicated and rumit..biasanya imej yg ditonjolkan Iluminati adalah mata satu dan piramid yang boleh dilihat dalam 1us dollar...imej mata satu banyak tempat kita boleh lihat(dalam gambar)..pada duit dolar as,filem2 Holliwood,bahkan dalam AJL yg baru2 nie pun ada...jadi pengaruhnya dah tersibghah di Malaysia pun..persoalan yg tinggal,apakah tindakan kita,???duduk diam je..?sementara ramai kawan2 dan sahabat2 kita terpengaruh dengan mereka TANPA MEREKA SEDARI...?
Ya,itulah ILUMINATI, nama kepada kumpulan, moden dan sejarah, nyata dan rekaan atau khayalan, pengesahan dan tuduhan
buku yg baik untuk dibaca..tajuk Gerakan Freemasonry by Hijjaz Records,,nak dapatkan senang je, bookstore pun ada jual..( sumber dari http://rijal82.blogspot.com)

wallahu'alam

Pergelutan MCA tidak melemahkan orang cina tetapi akan memberi banyak faedah kepada mereka


saban hari kita lihat pergelutan pemimpin dalam MCA semakin berkecamuk. sebagai parti nombor dua terbesar dalam BN, MCA mempunyai peranan penting dalam menarik undi kaum Cina kepada kerajaan. rata2 kita beranggapan pemimpin MCA sudah tidak mahu berjuang untuk parti dan bangsa mereka.tetapi lebih mementingkan kepentingan peribadi. Pada saya ini tidak benar sama sekali. komitmen orang Cina terhadap bangsa mereka tidak dapat diragui. jika dilihat kesannya pergelutan ini, sedikit sebanyak akan menganggu gugat kedudukan orang Melayu dan Islam. jika pergelutan ini berterusan sudah tentu akan memeningkan kepala Perdana Menteri. Pilihan raya sudah semakin hampir. Akhirnya anda akan lihat semua tuntutan orang Cina akan dipenuhi kerana mahu menarik undi. yang ruginya orang Melayu. Alahai malangnya.... kita tertipu melihat pergaduhan mereka..sedangkan pergaduhan mereka akan menguntungkan bangsa mereka.. Parti Melayu pula, bergaduh dari akar umbi hingga ke pucuknya. sedikit pun x memberi faedah walhal merugikan bangsa dan agama sendiri..fikir2kan

Perdebatan Yang Merugikan Umat Islam


Islam merupakan agama yang unik. Ibadat pula merupakan cabang penting dalam Islam selain aqidah dan akhlak Islamiah. Dalamnya terdiri daripada ibadat2 yg wajib dan ibadat yang sunat. secara kasarnya kita lihat umat Islam melaksanakan ibadat mengikut mazhab yang diyakini. satu mazhab mempunyai cara melaksanakan ibadat yang sedikit berbeza. Sebagai contoh di Malaysia umat Islam membaca doa qunut pada solat subuh, juga berwirid secara berjemaah selepas solat, manakala di Mekah Imam tidak akan membaca qunut pada solat subuh apatah lagi berwirid secara berjemaah selepas solat. itu hanya satu contoh, belum disebutkan lagi perbezaan2 yang lain. hal ini disebabkan pemahaman terhadap dalil dan sunnah yang ditunjukkan baginda Nabi. keempat imam pengasas mazhab tidak menghuraikandalil sesuka hati mereka. namun menjadi lumrah jika pendapat2 mereka berbeza. mereka juga manusia. namun dewasa ini kita lihat, umat Islam suka menyalahkan, membidaahkan cara ibadat orang lain, sehinggakan ada yang menolak bulat2 pendapat imam2 mujtahiddin. lebih membimbangkan mereka sanggup kafir mengkafirkan saudara sendiri. umat islam semakin leka berdebat tentang perkara2 khilafiah seperti doa qunut, cara qiyam dalam solat, wirid, tahlil, maulidurrasul, sambutan nisfu syaaban dan macam2 lagi. sedangkan perkara2 yg lebih penting seperti ancaman musuh Islam semakin dilupakan. mereka lebih berminat berdebat tentang hukum menyambut maal hijrah dan maulidurrasul berbanding duduk semeja berbincang bagaimana mahu merampas kembali Masjidil Aqsa dari tangan yahudi. sedangkan isu masjid suci ketiga umat Islam ini berkait dengan soal maruah agama. mereka lebih berminat mahu membincangkan hukum membuat tahlil arwah berbanding berbincang tentang tekanan terhadap Islam oleh kuffar. ayuh saudara2 ku..bangkit dari mimpi kamu.. mereka kuffar sedang mentertawakan kita bercakaran sesama sendiri.. ingin ditegaskan disini, jangan suka menyalahkan cara orang lain kerana mereka juga beribadat berpandukan dalil yang ada..cuma penafsiran sahaja yang berbeza. kita sepatutnya belajar daripada imam2 mujtahidin, Imam Syafie juga pernah menziarahi Imam Maliki dan mengikut apa yang diijtihadkan Imam Maliki. Adakah pernah kita lihat mereka bertengkar?? tidak, mereka saling menghormati ijtihad orang lain..tidak pernah kah kita mendengar kisah ketika sahabat diperintahkan Rasulullah memburu kaum Yahudi yang telah belaku khianat. Rasulullah berkata jangan berhenti hingga kamu dapat menawan Bani Quraizah. Malangnya sahabat2 yg diarahkan tidak dapat menawan Bani Quraizah sedangkan waktu Asar semakin tiba dipenghujungnya. lalu mereka berpecah kepada dua kumpulan. satu kumpulan bertegas untuk tidak berhenti bersolat selagi tidak dapat menawan musuh yang diburu kerana berpegang kepada perintah Nabi. satu kumpulan lagi mahu berhenti solat asar sebentar kerana solat tidak boleh ditangguh2. setelah Bani Quraizah ditawan, mereka mengadukan hal ini kepada Nabi. lalu nabi bersabda, sesiapa yang berijtihad, tetapi ijtihadnya itu salah, dia mendapat satu ganjaran. sesiapa yang berijtihad dan ternyata ijtihadnya benar, dia mendapat dua ganjaran. Jelas kepada kita melalui hadis ini, amatlah salah memandang rendah pendapat golongan lain selagi ia berlandaskan kepada dalil yang sahih. persoalannya disini bagaimana mahu memurnikan umat Islam melalui pendapat yang pelbagai ini?? jawapannya mudah, umat Islam boleh bertaklid dengan mazhab yang mereka lebih yakin dalilnya lebih kuat dengan iktikad tidak membidaah atau menganggap mazhab lain sebagai salah.
ingat! perbezaan itu hanya pada soal khilaf yang amat remeh. tidak pernah kita dengar ada mazhab yang mengatakan soalt subuh ada 5 rakaat. ataupun mengatakan puasa Ramadan tidak wajib. ini kerana perkara2 yang pokok sudah disepakati. yang berbeza hanya sedikit sahaja. biarkan sahaja umat Islam di Malaysia menyambut maulid. kerana mereka hanya duduk di majlis ilmu dan berselawat sebanyak2nya. tidak perlu ditentang. yang perlu kita tentang adalah umat Islam menyambut valentine, april fool dan seumpamanya kerana itu lebih bahaya kepada ummah. Ayuh saudara2ku! walau berjuta perbezaan pendapat kita kita masih berada dibawah payung syahadah yang sama, menghadap kiblat yang satu, menyembah Allah yang satu, umat nabi yang satu, dikenali sebagai ummah Islamiyyah yang satu..elakkan perpecahan rapatkan persaudaraan. Allah dan Rasul didahulukan, Ukhuwah Islamiyah diutamakan. Wallahu A'alam

Wednesday, March 3, 2010

Wajarkah Kalimah Allah Dikongsi Bersama Mereka

Baru2 ini negara gempar dengan usaha pihak majalah gereja katolik untuk mendapatkan hak menggunakan kalimah Allah...mengapa mereka begitu berkeras untuk menggunakan kalimah Allah? sedangkan selama agama kristian bertapak di Tanah Melayu mereka begitu selesa menggunakan perkataan 'tuhan'. Sebagai umat Islam yang prihatin terhadap akidah dan iman sesama kita, berhati-hatilah terhadap golongan 'perosak' ini. mereka mahu umat Islam di Malaysia yang seadanya lemah ini keliru siapakah Allah yang sebenarnya. saya pernah mendengar khabar bahawa pernah terjadi pelajar sekolah diedarkan risalah yang bertajuk Mengenal Allah. apa yang mengejutkan, di dalamnya bukan menceritakan tentang Allah, Tuhan orang Islam, tapi "Allah" dalam konsep tuhan bagi orang kristian. MasyaAllah, terlalu khuatir rasanya apabila ada pihak cuba mencabar Islam sebagai agama rasmi negara ini. cuba bayangkan anak sekolah yang belum terlalu berpengetahuan tentang agama ini, berfikir "oh, baru aku tahu, rupa2nya Allah itu tiga dalam satu,iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan roh suci". sapa yg mahu menanggung dosa mereka?? adakah ibu bapa yg x mmberi didikan agama?? ataupun pihak kerajaan yang acuh tidak acuh menguatkuasakan undang2? atau pihak pembangkang yang rata2 menyokong usaha pihak gereja ini?? celakalah mereka yang menjual agama untuk kepentingan sendiri.
sebenarnya kontroversi ini sudah bermula sejak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. kagum dengan ketegasan beliau terhadap golongan yg berusaha menggoyahkan umat Islam. pemerintah hari ini perlu bertegas terhadap mereka kerana ini bumi umat Islam. adakah wajar seorang tuan rumah menjadi orang suruhan tetamu?? isu kalimah Allah ini sudah tentu tidak dapat diselesaikan melalui undang2 kerana undang2 manusia. ada pengamal undang2 yang menyokong dan ada juga yang menentang kerana mempunyai pelbagai tafsiran yang berbeza.

Susur Galur Bangsa Melayu

Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di dunia dan merupakan satu bangsa yang amat unik berbanding bangsa lain. Peradaban bangsa Melayu terjadi akibat pertemuan beberapa bangsa di alam Kepulauan Melayu ini sehingga terbentuk satu identiti yang tetap. Daripada pertemuan ini bangsa Melayu tercipta dan mempunyai fokusnya di Tanah Melayu atau lebih dikenali sebagai Semenanjung Malaysia.

Pada zaman lampau, sesiapa sahaja yang menduduki Tanah Melayu dan beragama Islam dipanggil Melayu. Malah orang Arab yang menetap dipanggil Melayu, orang India yang menetap dipanggil Melayu, orang Cina yang menetap dipanggil Melayu. Itulah hasilnya apabila bangsa asing memeluk agama Islam dan digelar sebagai 'masuk Melayu'.

Ini belum lagi termasuk bangsa yang sememangnya berasal dari rantau ini. Bugis, Jawa, Minangkabau, Mendeheleng dan Kerinci, semuanya Melayu, dan tiada siapa mempertikaikannya. Marilah kita lihat kepada kajian-kajian yang dilakukan terhadap bangsa Melayu kita. Sedarlah di mana kelemahan kita dan binalah di mana kekuatan kita. Semoga Allah beserta kita di dalam segala usaha.

Setiap dua minggu, laman Warisan akan menjelajah ke laman-laman yang tersenarai di bahagian rangkaian untuk mengimbas sedikit sebanyak tentang kebudayaan Melayu yang dipaparkan. Untuk menghantar artikel mengenai bangsa Melayu atau rangkaian kepada laman web Melayu, sila email warisan@silat.8m.com