.::FuTure LeAdEr::.

Friday, December 31, 2010

YaNg MaNa Satu KiTa PuNya??

Assalamualaikum dan salam mesra...semoga anda sentiasa ceria selalu..kerana dirimu begitu berharga..bak kata iklan kosmetik ekspresikan wajahmu..hehehhe...

Malam tadi tidur saya agak terganggu dengan dentuman2 bunyi mercun yang menandakan berlalunya 2010 dan 2011 pula menyuakan wajahnya...saban tahun, hebat penangan tahun baru ni?? kenapa hebat ye? kalau tahun baru ni tak hebat, masakan IIUM yang terkenal dengan Islamiknya boleh kosong dan sunyi sepi..ramai bakal2 sarjana dari kampus gombak bersama2 meraikan tahun baru Gregorian. tak perlu diundang atau dijemput, masing2 berpusu2 ke dataran Merdeka atau KlCC dan lain2..

Yang menyedihkan, sambutan Maal Hijrah pula tidak begitu, Masjid2 kosong..hanya warga tua yang memeriahkan suasana membaca doa awal dan akhir tahun. Malah ada yang siap bertanya kepada saya "eh malam tadi maal hijrah ya??" saya bertanya "Mana jati diri kita sebagai muslim? Tahun baru kita pun tak ingat, tahun orang ingat pulak?" Malah yang menyentapkan hati ni, ada suara sinis orang Islam mengatakan, baca doa awal dan akhir tahun tiada dalam syariat Islam..Bidaah!! Adakah berdoa itu pun satu bidaah yang sesat?? Malahan ramai orang yang berkata begitu, sama2 turun padang malam tadi menyambut tahun baru 2011.. eh tak bidaah pulak?? Oh No, this not bidaah, this modernisation...huhu..haru dengar..

Oh ye, mereka kata, maal Hijrah pun disambut juga..memang disambut pun..Alhamdulillah..cuma sambutannya berbeza, disambut di kawasan tertutup, PWTC. Hadirin yang datang terdiri dari kakitangan kerajaan dan swasta. itupun "diarahkan" datang kerana takut dewan kosong.. Bosan kan sambut Maal Hijrah?? ucapan je banyak..tu yang anak muda tak datang..

Jadi saya sebagai Muslim mengambil pendekatan mengubah dengan hati dan lisan..secara lisannya saya telah post di laman Facebook "tanpa disedari tahun baru kita dah hampir sebulan berlalu, tapi kita baru teringat untuk memperbaharui azam malam ni"  Ayat ni seperti sinis, tapi saya berniat baik..saya tak menghalang anda menyambut tahun baru, cuma cara sambutan tu yang tak betul..mendengar konsert, bercampur gaul lelaki dan perempuan..sapa yang berani kata ia baik?? Ada juga yang komen, "jangan kritik je, kena ubah".. macam mana nak ubah kalau tak kritik?? ubah dengan hati?? bererti anda hanya simpan iman sorang2..tak sebarkan pada orang lain..

Pada saya menyambut Tahun Baru tu baik, anda memperbaharui segalanya..tapi cara sambutan tu yang tak betul..adakah ramai2 yang keluar menyambut malam tadi tu, berkumpul semata-mata nak memperbahurui azam?? tentunya tidak..mereka berkumpul sebab ada awek sekali, berkumpul sebab ada konsert sekali, cuba tahun depan pakat2 tak buat konsert..baca doa selamat je..memang haram orang nak datang..

Selamat berfikir..peace=)

Thursday, December 30, 2010

AmAlan SuNat HaRi JumAat

Assalamualaikum kawan2..sihat semua?? lama kita tak jumpa dekat blog ni kan?? maklumlah, saya ni busy sentiasa bila dah balik kat kampus ni..tapi pada hari penghulu sekalian hari ini, saya luangkan sedikit masa untuk kawan2..lebih2 lagi hari ini 1 Malaysia bercuti setelah pasukan bola sepak kita menjuarai Piala Suzuki.. Caya lah Malaysia!!  Tapi ramai antara kita tak memanfaatkan cuti ini dengan amalan berfaedah..tengok sajalah roomate saya, masih lagi tidur dengan enaknya..huhu..macam kelawar pun ada jugak budak2 ni..

saya nak mengajak kawan2 semua agar sama2 kita lakukan amalan sunat pada hari Jumaat ni.. Sebenarnya banyak fadhilat hari Jumaat..tapi saya cuma nyatakan sebahagian darinya:

1.  Perbanyakkan Selawat kepada Junjungan Nabi SAW pada malam dan siang hari Jumaat. Sabda Baginda SAW, maksudnya: "Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali." (HR al-Baihaqi)


2.  Membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam jumaat.  Abu Said meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sesiapa yang membaca surah al_kahfi pada hari Jumaat, dia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat" (HR Nasaie dan Baihaqi)

3.  Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.  Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya hari Jumaat ialah hari raya yang Allah jadikan untuk Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat maka hendaklah ia mandi.  Jika memiliki minyak wangi, hendaklah ia memakainya, hendaklah pula kalian bersiwak." (HR Ibnu Majah dengan sanad yang hasan)

4.  Bersegera menghadiri solat Jumaat. Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi mereka yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah. Yang paling awal akan mendapat ganjaran korban seekor unta.. dan yang hadir pada waktu terakhir, hanya seperti bekorban sebiji telur.


5.  Berusaha untuk duduk dekat dengan Imam semasa solat Jumaat.  Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: "hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (HR Abu Daud dan al-Hakim). Namun begitu bagi yang hadir lewat memadailah duduk di belakang. kerana melangkahi makmum yang lebih awal, adalah perbuatan yang kurang beradab dan makruh hukumnya..


Semoga bermanfaat..peace=)

Tuesday, December 21, 2010

UnTa Pun Tau MaLu...SubHanaLLah

Assalamualaikum kawan2 seperjuangan..apa khabar semua?? lamanya tak drop something kat blog ni.. semoga kita semua dalam hidayah Allah Taala..Maha Hebat Allah, alam yang sebegini cantik diciptakan olehnya tanpa pertolongan makhluk... daun2 hijau, siapakah yang mewarnakannya?? jawabnya Allah.. Gunung2 yang teguh memasak bumi, arkitek manakah yang membinanya?? Jawabnya Allah... Langit membiru dihiasi corak2 awan yang mengagumkan, artis manakah yang melukisnya?? Jawabnya Allah.. Pokok Buah2an yang sama bentuknya, tumbuh ditanah yang sama, minum air yang sama, tapi rasa buahnya lain2..hairan kan?? Berkuasanya Allah.. Kita sama2 makan nasi yang putih warnanya, tapi nasi tu berubah menjadi darah yang merah.. Pelikkan?? itulah kuasa Allah..

artist mana yang hebat melukis lukisan awan di langit??

Buah ni tumbuh di bumi yang sama, tapi rupa dan rasanya berbeza

Daun hijau yang cantik, pelukis mana yang sanggup mewarnkannya??


Kalau kita duduk bersendirian melihat ciptaan Allah, sekiranya ada secebis iman didada nescaya air mata anda akan mengalir..Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang mendapat lindungan Allah, pada hari yang tiada lindungan padanya selain lindungan Allah yang Maha Pelindung.. dalam surah Ali Imran Allah berfirman: sesungguhnya dalam penciptaan langit, bumi, pertukaran siang dan malam, padanya terdapat tanda2 kekuasaan Allah bagi orang2 yang mahu berfikir..

Dalam al-Quran juga ada menceritakan kisah unta..unta?? apa yang menarik pasal unta ni?? dah laa busuk, tak cantik pulak tu... sabar dulu, jangan mudah melenting.. kan dalan al-Quran Allah berfirman:
"Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan? Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang memberi peringatan.

surah al-Ghasyiaah
"Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan?"
dulu masa saya kecik2, ingat lagi ayah suruh makan hati unta yang dah dikeringkan, lalu dibakar dan dijadikan kopi, sebab nak buat ubat.. kecik2 dulu saya selalu semput. Alhamdulillah, sihat dan hidup sampai sekarang..besok lusa tak tau lagi..

Unta yang pemalu

unta hidup ditengah2 padang pasir, berkemampuan tak minum air berbulan2 lamanya, hebat bukan?? di belakang unta terdapat bonggol yang mengandungi lemak2 dan air..patutlah boleh tak minum.. Maha Bijaksana Allah, Dia tahu unta ni hidupnya di padang pasir yang kering, maka Dia sediakan kemudahan untuk unta hidup...

Lagi satu keistimewaan unta ni, unta sangatlah pemalu..belum pernah lagi unta mengawan di hadapan manusia..apabila mahu mengawan unta akan pergi jauh ditengah pasir, kerana malu makhluk lain akan menontonnya..andai kata unta tahu manusia memerhatikan aksi mereka, unta akan kejar manusia tu, dan pijak dia sampai mati.. dan kalau dia tak dapat bunuh manusia tu, unta akan bunuh dirinya dengan memasukkan kepalanya dalam pasir..

Lihat! unta yang tak diberikan akal, tapi masih tahu menjaga maruah dirinya.. sampai sanggup mati dari hidup menaggung malu..sekarang ni, kita lihat manusia tak segan2 melakukan perbuatan songsang lagi sumbang depan orang ramai...mereka lebih teruk dari unta! malulah kita jadi manusia kan??

Mudah2an kita dapat pengajaran dari kisah unta ni..untuk mereka yang berkapel dan tak tau malu berpegang2 di luar sana, ingatlah, muliakan diri anda, sekurang2nya lebih mulia dari unta ni, tak kah anda berasa malu dengan Allah?? kalau anda x malu dengan Allah, tidakkah anda malu dengan unta?? kalau x malu jugak dengan unta, adakah anda tak malu dengan diri sendiri?? duduk dirumah orang, tapi menyakitkan hati tuan rumah..mudah2an Allah merahmati kita, insyaAllah=)

Thursday, December 2, 2010

TanGungJaWab BerMula LaGi

Assalamualaikum kawan2 semua..mudahan sentiasa happy ye semua sebab saya suka tengok kawan2 saya happy dan  tak suka tengok anda bermuram durja..senyumlah..senyumlah...haaa kan maniiiiss gitu..haha.. kadang2 senyuman kita ni boleh memikat ramai orang..macam saya..hehehe..

hmm pejam celik, pejam celik..kliikk dah habis rupanya cuti untuk sem ni..adoii..ahad ni dah nak kena balik gombak..perasaan saya bercampur baur..macam tak sabar pun ada, malas pun ye, excited hmm mestilah.. tapi sedih jugaklah nak kena balik sana..huhu..susahlah nak bangun lambat lepas ni..yelah tanggungjawab baru dah bermula..

Hmm sem baru ni adalah sem yang penting buat saya, napa ek?? firstly, saya dah jadi abang senior lah?? dah second year rupanya aku ni..mulalah sem pertama masuk department..future economist!!

secondly, saya bukan sahaja student, tapi juga guru..haha..ni excited ni..mula minggu depan fadzly adalah seorang guru tuition..haha..kelakar bila budak panggil saya cikgu..saya dah dapat kerja part time kat wangsa maju,ajar tuition akaun..hmm happynya..saya sebenarnya memang suka sangat mengajar..jiwa pendidik gitu, dulu kat sekolah kawan2 suka kalau saya mengajar, katanya mudah paham..sebab tu saya nak jadi lecturer..tapi satu je saya risau, nak pergi tuition tu nak kena bawak motor..fobia lah bawak motor bila dah accident sekali aritu..ah biarlah..orang lelaki tak boleh jadi penakut!

thirdly, sem baru ni is very important for me sebabnya saya nak expand lagi bisnes jual perfume saya ni..haha.. so kawan2, nanti jangan lupa beli perfume saya ye..kata orang berkawan dengan pembuat minyak wangi ni, kita dapat tempias wanginya..so saya ni wangi jugaklah..haha..wangi memang..=p

apa2pun saya mendoakan semoga semuanya berjalan dengan lancar..mudah2an Allah merahmati semua usaha saya n kawan2 semua..jumpa lagi di lain2 masa..tatatatata=)

Wednesday, December 1, 2010

TanGan DiPotOng KerAna BerSedEkah



Assalamualaikum kawan2 yang membaca entry ini, semoga dapat sedikit pengajaran yeah...
 Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina. 



Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu." 
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t." 

 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."


SuRiRumaH Takda Mood NaK MaSaKlah

Asalamualaikum semua..semoga sentiasa ceria ya..yang mana ada masalah tu mudah2an cepat selesaikan masalah dengan jayanya..senyum2 je..jangan tension yeah ...

sebenarnya saya yang tengah tension ni..takda mood nak buat kerja rumah ni tau. Bosannya!!!!!
time2 cuti ni, saya memang stay dekat umah je, jadi mandur dan tukang masak,,jadi mandur?? aah..bab2 kemas rumah semua serah dekat adik2..x kuasa aku nak mengemas rumah... tukang masak?? aah..saya ni memang tukang masak terhormat dekat rumah ni..

memang suka masak, tapi kalau perkakas masak tu takda, alamat hilang moodlah saya nak memasak..arini takda ikan lagi..adoooiii... kedai tu balik2 jual ikan dah lama..sapa yang nak membelinya..huhuhu

So adik2..harini kita makan tempe lagilah ye..lantak koranglah nak suka ke tak..haha..yang penting aku suka...