.::FuTure LeAdEr::.

Saturday, March 6, 2010

Perdebatan Yang Merugikan Umat Islam


Islam merupakan agama yang unik. Ibadat pula merupakan cabang penting dalam Islam selain aqidah dan akhlak Islamiah. Dalamnya terdiri daripada ibadat2 yg wajib dan ibadat yang sunat. secara kasarnya kita lihat umat Islam melaksanakan ibadat mengikut mazhab yang diyakini. satu mazhab mempunyai cara melaksanakan ibadat yang sedikit berbeza. Sebagai contoh di Malaysia umat Islam membaca doa qunut pada solat subuh, juga berwirid secara berjemaah selepas solat, manakala di Mekah Imam tidak akan membaca qunut pada solat subuh apatah lagi berwirid secara berjemaah selepas solat. itu hanya satu contoh, belum disebutkan lagi perbezaan2 yang lain. hal ini disebabkan pemahaman terhadap dalil dan sunnah yang ditunjukkan baginda Nabi. keempat imam pengasas mazhab tidak menghuraikandalil sesuka hati mereka. namun menjadi lumrah jika pendapat2 mereka berbeza. mereka juga manusia. namun dewasa ini kita lihat, umat Islam suka menyalahkan, membidaahkan cara ibadat orang lain, sehinggakan ada yang menolak bulat2 pendapat imam2 mujtahiddin. lebih membimbangkan mereka sanggup kafir mengkafirkan saudara sendiri. umat islam semakin leka berdebat tentang perkara2 khilafiah seperti doa qunut, cara qiyam dalam solat, wirid, tahlil, maulidurrasul, sambutan nisfu syaaban dan macam2 lagi. sedangkan perkara2 yg lebih penting seperti ancaman musuh Islam semakin dilupakan. mereka lebih berminat berdebat tentang hukum menyambut maal hijrah dan maulidurrasul berbanding duduk semeja berbincang bagaimana mahu merampas kembali Masjidil Aqsa dari tangan yahudi. sedangkan isu masjid suci ketiga umat Islam ini berkait dengan soal maruah agama. mereka lebih berminat mahu membincangkan hukum membuat tahlil arwah berbanding berbincang tentang tekanan terhadap Islam oleh kuffar. ayuh saudara2 ku..bangkit dari mimpi kamu.. mereka kuffar sedang mentertawakan kita bercakaran sesama sendiri.. ingin ditegaskan disini, jangan suka menyalahkan cara orang lain kerana mereka juga beribadat berpandukan dalil yang ada..cuma penafsiran sahaja yang berbeza. kita sepatutnya belajar daripada imam2 mujtahidin, Imam Syafie juga pernah menziarahi Imam Maliki dan mengikut apa yang diijtihadkan Imam Maliki. Adakah pernah kita lihat mereka bertengkar?? tidak, mereka saling menghormati ijtihad orang lain..tidak pernah kah kita mendengar kisah ketika sahabat diperintahkan Rasulullah memburu kaum Yahudi yang telah belaku khianat. Rasulullah berkata jangan berhenti hingga kamu dapat menawan Bani Quraizah. Malangnya sahabat2 yg diarahkan tidak dapat menawan Bani Quraizah sedangkan waktu Asar semakin tiba dipenghujungnya. lalu mereka berpecah kepada dua kumpulan. satu kumpulan bertegas untuk tidak berhenti bersolat selagi tidak dapat menawan musuh yang diburu kerana berpegang kepada perintah Nabi. satu kumpulan lagi mahu berhenti solat asar sebentar kerana solat tidak boleh ditangguh2. setelah Bani Quraizah ditawan, mereka mengadukan hal ini kepada Nabi. lalu nabi bersabda, sesiapa yang berijtihad, tetapi ijtihadnya itu salah, dia mendapat satu ganjaran. sesiapa yang berijtihad dan ternyata ijtihadnya benar, dia mendapat dua ganjaran. Jelas kepada kita melalui hadis ini, amatlah salah memandang rendah pendapat golongan lain selagi ia berlandaskan kepada dalil yang sahih. persoalannya disini bagaimana mahu memurnikan umat Islam melalui pendapat yang pelbagai ini?? jawapannya mudah, umat Islam boleh bertaklid dengan mazhab yang mereka lebih yakin dalilnya lebih kuat dengan iktikad tidak membidaah atau menganggap mazhab lain sebagai salah.
ingat! perbezaan itu hanya pada soal khilaf yang amat remeh. tidak pernah kita dengar ada mazhab yang mengatakan soalt subuh ada 5 rakaat. ataupun mengatakan puasa Ramadan tidak wajib. ini kerana perkara2 yang pokok sudah disepakati. yang berbeza hanya sedikit sahaja. biarkan sahaja umat Islam di Malaysia menyambut maulid. kerana mereka hanya duduk di majlis ilmu dan berselawat sebanyak2nya. tidak perlu ditentang. yang perlu kita tentang adalah umat Islam menyambut valentine, april fool dan seumpamanya kerana itu lebih bahaya kepada ummah. Ayuh saudara2ku! walau berjuta perbezaan pendapat kita kita masih berada dibawah payung syahadah yang sama, menghadap kiblat yang satu, menyembah Allah yang satu, umat nabi yang satu, dikenali sebagai ummah Islamiyyah yang satu..elakkan perpecahan rapatkan persaudaraan. Allah dan Rasul didahulukan, Ukhuwah Islamiyah diutamakan. Wallahu A'alam

2 comments:

  1. wajib tegur sekiranya ad ksilapan..sy mnusia biasa

    ReplyDelete
  2. umat Islam zaman ini hny fkuskan isu dalaman...mereka tidak sedar org Barat sedang mngambil kesempatan mlalui ppecahan ini....tidak rasional...

    ReplyDelete