.::FuTure LeAdEr::.

Sunday, November 28, 2010

AkTiviTi SeMaSa CuTi..Nice!!

Assalamualaikum kengkawan yang saya sayangi kesemuanya.. untung korang dapat kawan yang penyayang macam saya ni...=P... Semoga hari2 ini sentiasa ceria dengan keindahan2 alam yang Allah ciptakan khusus untuk manusia, tak kira mereka Muslim atau pun kafir...MasyaAllah, pemurahnya Allah, walau mereka mensyirikkan Allah, tetap juga diberi hak dan nikmat di muka bumi ini...

Alhamdulillah, diberi kekuatan untuk bersiar2 di sekitar daerah Pontian..iaitu di Taman Negara Pulau Kukup n Taman Negara Tanjung Piai.. taman2 ni antara Taman Negara tanah lembab terbesar di dunia..terletak di penghujung tanah besar benua asia..woww hebat tu bunyinya!!

oleh kerana kekangan bajet untuk tahun ni, rancangan untuk melancong ke pulau perhentian, langkawi n cameron highland lebur begitu sahaja..xpe, kita melancong pakai bajet yang murah... tak sampai RM20 habes melawat dua Taman negara..naik bot, n tengok ikan..

Menu sarapan untuk pagi ni, laksa johor, laksa penang dan sup lembu

Kawan-kawan sedang menjamu selera..selera betul zaki, asal dia datang je, makanan mesti dapat sambutan hangat..haha
sediakan payung sebelum hujan...
Kat sangkar ikan...
Dalam bot...sejuk berangin..=)
Adik beradik mithali..dari dulu sampai skang
Ha yang kanan tu bukan adik beradik diowang..hahaha
Tengok lah zaki punya gayat..orang lain pon gayat nak jalan kat jambatan dengan dia..haha
Nsemlah mamat nih..haha

Nice...comey budak2 ni...

Cantik muscle zaki..hahaha

Sapa paling hot?? of course laa zaki..kahkah

Penat banget deh..berpeluh2 sampai

Kami cuma naik 5 orang, tapi berat dah macam 15 orang..kenapa ek??

Smartnyeerrrrr...kasut tu

Budak ni photographer..klu amek gambar mesti buat muka pelik..haha
Hijaunya pemandangan di sini..pelikkan..sapalah yang mewarna daun2 tu satu2..sampai hijaunya sangat cantik sekali..hebat sungguh kuasa Allah...=)

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu". ( surah Fussilat 53 - 54)
Berehat2 kat atas menara pemerhati..tinggi jugaklah

Ikan duyung...hahaha
hmm jalan pun jalan jugak..tapi sebagai orang Islam, jalan tu perlu niat sebagai ibadah..dapat pahala..x sia2 kita berjalan..Islam sangat menggalakkan umatnya, berjalan2 di muka bumi untuk melihat kekuasaan Allah...

ehem2..

Bot yang kami naik ke pulau ni..10 minit je

Kukup ni terkenal ngan jam cetak rompak..tapi mahal jugak

keciknya fadzly tuuu

Nice!

Ni lah selat paling sibuk kat dunia, penuh dengan kapal2 besar

Manggie..kawan siam dari sarawak

hmmm sejuk berangin

Tengoklah laut..cantiknyaa...mustahillah alam yang secantik ini terjadi dengan sendirinya... mesti ada Kuasa yang terlalu berkuasa telah mencipta lautan dan daratan ini..punyalah penuh air kat laut ni, tapi sedikit pun tak tumpah kan??subhanallah

Ni lah penghujung benua asia yang dimaksudkan

Asyik x jadi je gambar lompat ni..lantaklah,,yang penting ak lompat smart..hahah

Betulkan apa tu zaki???hahahah

Gambar kat replika globe..ada plak budak cina tu menyibuk
Manusia tidak boleh merasa angkuh dengan akal dan kemampuan mereka..kerana ilmu manusia itu ibarat setitis air dari lautan..setitis tu ilmu manusia, manakala yang lebihnya adalah ilmu Allah..tengok gambar atas ni dah tau..manusia yang kononnya bijak, hanya mampu membuat replika bumi, tapi Allah bukan sahaja mencipta bumi, malah alam semesta yang terbentang ini..
Pelakon monyet..x senonoh jugak diowang ni..yela binatang..haha
Manusia yang tak tahu malu bermaksiat di khalayak ramai, samalah macam monyet ni, malah mereka lebih teruk lagi..yelah, dah diberi akal tapi x reti nak buat benda baik..

Nii gambar paling unik, monyet tu tengah pegang tongkat, bagi ucapan kat rostrum...nice shot!!

Monyet ni ada yang jinak, ada yang wild sket.. yang penting jangan bawak makanan..memang dikejar lah..n ada sekor monyet ni, dia cekau saya dari belakang..bau makanan kot badan aku ni..
Haha..best kan...mudah2an lepas ni bleh lagi berjalan2..manggie jangan serik ke johor lagi ye..kalau xda kamu, kami pun tak pernah sampai kat Pulau Kukup..huhu..semoga persahabatan kita berkekalan.. =)

Kalau jalan terus, sampailah kat NY....   

KiSaH PeNjuAl DadiH dan ZiAraH ke AsRaMa

Assalamualaikum dan salam mesra kepada kawan semua..semoga sentiasa ceria di samping keluaraga tercinta, lebih2 lagi weekend2 macam ni... biasanya weekend nilah hari yang digunakan untuk bangun lewat,padahal hari lain pun lagi lambat..haha.. time weekend ni pun kat umah masak sedap semacam je..tu yang hepy tu..hehehe

Ok di entry ini saya nak bercerita tentang peristiwa semalam, hari jumaat penghulu sekalian hari.. Semalam kawan saya, zaki ajak teman dia jual dadih kat masjid Pontian tu, lepas solat Jumaat, saya pon setuju je lah..maklumlah bosan jugak duduk rumah, lagipun rindu juga nak solat Jumaat kat Masjid Bandar.. Dulu time stay kat Asrama SMKDPB, kami tiap2 minggu solat kat situ.. Imamnya pun seronok dan x mengantuk macam kat kampung sendiri..hehe(maaf ye imam kampung)

Awal kami sampai, 11.30 dah mula jual..tapi x berapa nak laku jualnya, kat Pontian, maklum saja lah jual apa pun bukan senang nak laku..akibatnya saya, siam dan azmeer (kawan jugak) dipaksa zaki memakan dan membeli dadihnya yang sedap tu..haha..jahat ko zaki.. Terjumpalah siam tengah dating degan kawan Ibannya kat tepi laut,, makin dadih yang dibeli dengan zaki..haha..romantiknya Mak Yam..

Lepas tu saya dan zaki singgah pulak kat restoran Assalam kat Pt Mesjid tu, makan rojak mamak..fuhh setahun x makan rojak mamak kat situ..layan.. memang sedap, ingat lagi dulu time bulan puasa, kat asrama, saya cabut balik awal solat magrib kat surau, semata2 nak makan rojak tu sorang2, dalam gelap plak tu x nak bagi orang nampak punya pasal.. x nak bagi kongsi dengan orang lain..hahaha..punyalah sedap sampai jadi kedekut betul!

Habis je makan rojak, kami terus gerak ke SMKDPB, bercadang nak bagi lebihan jualan dadih tadi kat budak hostel, dah terlanjur sampai tu saya ajak laa zaki melawat Ustaz Haris (warden Asrama)..macam apa si Zaki ni berbual dengan ustad, asyik ketawa x sudah2..hahahha... zaki tu memang peramah sangat orangnya..tu yang suka ajak dia jumpa ustad (x payah saya cakap banyak2..dengar je..huhu)

ni lah pemandangan sekolah saya dari luar...sekolah pujaan di daerah Pontian..salah sebuah sekolah harian terbaik Negeri Johor..

Bangunan yang belah kiri tu lah kelas saya time form 3 dulu..zaman cinta monyet..kekekeh

Ni lah dewan Seri Gemilang, tempat kena marah dengan Teacher Mizah kat assembly.. takuutt.. "u'all ni semua cipanzi" haha

Dah abes jumpa Ustaz Haris, saya pegilah pangil budak Aspura, nak bagi dadih kononnya, tapii takda yang turun pun..semua tidur agaknya..lastnya pergi jumpa Mak Zi saja..Mak Zi ni penyelia asrama, dulu selalu mengacau Mak Zi kat Ofis dengan Siam dan Kam.. habis kerepek dia kami abeskan..haha..Kami ni memang peramah..kat mana2 bertiga aje...Mak Zi masih ingat kami rupanya, lama x jumpa..dia ingatkan Pakji mana lah yang datang, maklumlah baru balik solat Jumaat, siap besongkoklah..haha.. Makzi ni kan, dia suka sangat nak menjodoh2kan aku dengan keluarga dia.. dulu dia pernah cakap, "kalau Mak Zi ada anak dara, dah lama Mak Zi kawenkan dengan Fadzly".. ni semalam dia cakap lagi, "Mak Zi nak jodohkan Fadzly dengan anak sedara Mak zi, budak UiA jugak, tapi dia lagi tua"... saya tanya "umur dia berapa tahun" sekali 22 dah..haha..saya cakap "tua sangatlah Mak Zi"..dy ketawa je..hahaha...bajet tol aku ni kan..belum tentu ada orang muda yang nak kat aku ni..haha..

Balik tu singgah lah solat kat surau asrama, surau ni makin cantik tapi sedihlah, waktu solat pun takda..agak bersepah..dulu sebenarnya saya Exco Surau..saya sayang sangat surau ni..kat sinilah tempat melepaskan tension, menangis sorang diri,bagi tazkirah mingguan, jadi imam, azan..surau ni lah menjadi saksi perubahan diri saya dari lelaki yang lembut dan pengecut sampai jadi lelaki berani bercakap depan orang ramai..bukan nak bangga diri, tapi inilah pengalaman yang x boleh saya jumpa lagi lepas ni..dari surau ni buruk sampailah cantik saya jaga (tp pakai duit sekolah lah, duit sendiri xda..) selalu kalau cuti n berkesempatan saya akan solat magrib n isya disini, dan sedikit tazkirah pembakar semangat..sempat melepaskan rindu, azan asar disitu..zaki jadi imam..adalah 3 orang yang turun solat asar..hampeh budak2 ni

Lepas tu, ingat nak singgah kat rumah Ustazah hamidah, tapi dia sakit, tak larat nak turun..cuma jumpa anak dia..dah besar budak tuh..dulu time form 3 tiap minggu datang umah Cikgu Midah, belajar arab..masa tu anak dia kecik je lagi..cakap pun pelat.. zaki cam disappointed je..xdapat nak bual2 lah tu,,haha

itu ajelah cerita pengembaraan di Asrama.. Untuk kawan2 Ostel batch 2010 yang membaca..salam rindu dari Ustaz Haris..dia rindu kat kita, katanya batch kita, batch paling bagus..sampai sekarang dia tunggu pelapis yang sama macam kita..tapi masih xda katanya..kesian ustad...semoga Ustaz n warden2 lain dirahmati Allah..=)

*xda gambar sangat lah..sori..tertinggal camera

Saturday, November 27, 2010

NafSu...JaNgaN GanGu SAya!

hmmm...susahnya jadi lelaki yang single ni kan??? tengok orang berdating, kita teringin, tgk orang berkaple, rasa macam nak rasa jugak, tgk orang memadu kasih, rasa mengidam macam tu jugak.. adoi peningnya.. kadang saya terhanyut dengan sungai nafsu yang terlaly inginkan benda2 macam tu.. dibelai2, mendengar suara wanita kesayangan walaupun haram... tukar status kat fb dr single kpd in relationship..uuiish sapa yang x nak tu?? semua lelaki nak macam tu kan?? Alhamdulillah masih ada secebis iman yang menarik tangan saya ke tebing semula..mudah2an iman ini akan terus menebal...

Tidak dinafikan, diri yang hanya dilindungi iman senipis kulit bawang, selalu terleka dengan godaan2 dunia ni... Nampak orang cantik sikit, mulalah tu,,aduuii... lemah jantung jadinya..lelaki2.. inilah lelaki yang tak layak untuk wanita yang solehah...(mudah2an layak ler)

X mengapa wahai lelaki, kuatkan iman mu, teguhkan ilmumu, semoga Allah melindungi kamu.. mempercepat jodohmu, dengan wanita yang baik2.. Ya Allah ini hambaMu yang hina, berasa malu mahu memohon kepadaMu, kami tak layak untuk dibelas olehMu, jadikan kami insan yang bertaqwa, dan akan menjadi pemimpin kepada pemilik rusuk kiri kami, wanita yang juga bertaqwa, melahirkan anak2 yang InsyaAllah bertaqwa..amiin... doa juga utk sahabat2 yang lain =) selamat malam

Thursday, November 25, 2010

Technical Error..

Maaf ye kawan2, blog ni simpang siur sket..xtau knp ia jadi begini..nnti lah sok saya betulkan balik...=( sedih ni, dah laa buta IT, x tau nak betolkan camne

Wednesday, November 24, 2010

HiKmaH TawAraN Raja FaHd, GraY PeLuk IsLam

Assalamualaikum teman2 yang membaca post ini, mudah2an dengan membacanya hati kita bertambah yakin dengan agama ini.. mudah2an hati kita bertambah syukur kerana menjadi salah seorang umat Muhammad saw.. Mudah2an kita sedar betapa besar nikam Islam dan iman berbanding nikmat2 yang lain..

Hikmah tawaran Raja Fadh
Petikan dari Utusan Malaysia

APABILA Nabi Musa a.s hendak bertemu dengan Allah di Bukit Tursina, seluruh gunung-ganang di situ bergoncang hebat umpama gempa bumi yang sangat kuat. Malah ia dikatakan hancur sehingga tidak berbekas akibat tidak dapat menahan cahaya apabila Allah akhirnya menampakkan sedikit daripada zat-NYA.
Nabi Musa sendiri sangat terkejut, seluruh badannya gementar dengan kuat dan akhirnya pengsan.

Gunung yang teguh memasak bumi ini runtuh kerana Allah tunjukkan hanya sedikit ZatNya


"Samalah juga sepatutnya apabila bertemu dengan Nabi Isa yang dikatakan anak tuhan, pasti manusia akan jatuh pengsan juga."
Begitulah yang difikirkan secara logik akal oleh Jerry Duane Gray, 50, mengenai soal ketuhanan pada zaman remajanya dahulu. 

"Tetapi saya percaya tuhan itu wujud dan saya ingin sekali masuk ke syurga untuk bertemu dengan-NYA tetapi bagaimana? Lalu ketika itu, saya selalu berdoa agar saya diberi petunjuk yang benar mengenai tuhan, siapakah tuhan yang sebenarnya dan bagaimana saya dapat menjadi hamba-Nya yang baik" kata Gray.
Dilahirkan di Wiesbaden Jerman namun berpindah ke Amerika Syarikat ketika berusia tiga tahun.
Pada zaman muda, Gray mengikuti pengajian kejuruteraan penerbangan di Universiti Hawaii, Amerika Syarikat. 

Sebaik menamatkan pengajian, Gray terus mendapat tawaran pekerjaan yang sangat lumayan iaitu menjadi sebahagian daripada pasukan penyelenggaraan pesawat peribadi milik Raja Fadh yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi. Namun tahukah anda, Gray menolak tawaran itu mentah-mentah.
"Saya tolak tawaran itu kerana saya bimbang akan dibunuh oleh orang Islam. Malah saya sanggup untuk menganggur daripada menerima tawaran tersebut," katanya. 

Gray benar-benar memilih untuk hidup sebagai penganggur. Sama ada 'terhormat' mahupun tidak, dia hanya tinggal dalam sebuah kereta di hujung sebuah dermaga di tepi laut di Hawaii.
Untuk memenuhi tuntutan perut yang lapar, Gray hanya memancing ikan. Jika beroleh ikan, maka dapatlah dia mengisi perut. Jika tidak, beliau sanggup kelaparan dengan hanya meneguk air paip yang ada di situ.
Begitulah kehidupan melarat Gray selama enam bulan sebagai penganggur.
"Saya hanya mampu menangis dan memohon agar tuhan memberikan jalan keluar daripada kehidupan yang dirasakan sangat perit ini," katanya. Tuhan seolah-olah mendengar permintaan Gray, apabila sekali lagi beliau dihulurkan dengan tawaran yang sama, iaitu bekerja untuk Raja Fahd.
"Tetapi saya menganggap tawaran itu sebenarnya sebagai tanda tuhan murka kepada saya sehinggakan saya tidak mendapat tawaran pekerjaan di tempat lain, malah disuruh juga saya supaya ke Arab Saudi," katanya.
Gray menerima nasihat temannya itu dan akhirnya dengan hati yang berat Gray pun berangkat ke Jeddah.
Namun belum lama Gray di sana, beliau telah dihidangkan dengan pelbagai kejadian yang disifatkan sebagai luar biasa. 


"Iaitu satu pemandangan yang cukup berbeza daripada apa yang saya bayangkan selama ini apabila bercakap mengenai Arab dan Islam.
"Ternyata umat Islam di sana begitu taat terhadap tuhan mereka dan lebih mengharukan saya, kalangan orang Arab itu sendiri sebenarnya begitu baik terhadap saya, seolah-olah saya seperti saudara mereka. Belum sempat saya membuka mulut, mereka sudah tahu apa bentuk bantuan yang saya perlukan," katanya.
Pemandangan yang paling menarik bagi Gray apabila umat Islam akan segera meninggalkan apa sahaja yang sedang mereka lakukan apabila azan mula berkumandang untuk segera bersolat.
"Pada suatu hari saya berada berhampiran dengan sebuah kedai emas dan secara tiba-tiba kedengaran suara azan. Apa yang berlaku amat mengejutkan saya apabila kedai emas itu dibiarkan sahaja terbuka sedangkan tiada sesiapa di dalamnya, baik pelanggan mahupun penjualnya.



Begitu juga yang berlaku di jalan raya yang sebelum ini bersimpang siur dengan kenderaan dan mereka yang berjalan kaki bertukar menjadi sepi dan lengang.Hanya sesekali Gray melihat beberapa anggota polis yang akan menegur mereka yang lewat untuk pergi bersolat. 

Tidak lama kemudian, tuan punya kedai emas kembali semula ke kedainya dan apabila melihat Gray terpaku di hadapan kedainya, lalu dia pun bertanya; "Mengapa kamu berdiri sahaja di sini, masuklah ke dalam kedai?"
"Saya tidak mahu masuk kerana bimbang saya disangka pencuri dan lebih teruk saya akan ditahan dan akibatnya tangan saya ini akan dipotong!" jawab Gray.
"Masuk sahajalah ke dalam kedai saya ini, kerana semua ini adalah milik Allah, bukan saya yang punya.
"Malah kamu boleh mengambil apa sahaja di sini kerana mungkin kamu lebih memerlukan berbanding saya kerana seperti yang saya katakan tadi bahawa semua itu adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah jua," kata pemilik kedai itu sambil tersenyum.
Gray bagaikan hendak menangis mendengarkan kata-kata tuan punya kedai emas itu, kerana ucapan yang begitu tulus itu membuatkan hatinya begitu terusik dan terharu.

"Saya percaya dia mempunyai iman yang sangat kuat dan saya ingin sekali mempunyai iman yang seperti itu.
Peristiwa ini membuatkan Gray semakin tertarik untuk mengenali Islam dan beliau sangat suka berbincang mengenai agama itu bersama rakan-rakan beragama Islam yang lain. Iaitu terutamanya bersama Ahmad, rakannya yang merupakan salah seorang anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Arab Saudi.
Tidak sekadar mereka sering berbincang bersama, malah Ahmad juga memberikan senaskhah al-Quran terjemahan bahasa Inggeris kepada Gray.

Tuesday, November 23, 2010

MaRi BelaJar MaSak Mi HaiLam!!

Assalamualaikum kawan2 semua, sentiasa semua kawan2 mengisi masa lapang sepanjang cuti tu ye..mana yang ambil exam, im wishing the best of bless from Allah for u all... jom try masak mi hailam! especially utk anak2 dara yang nak belajar masak tu..boleh tolong2 mak kat rumah ye..hhehe

Bahan2:
1. bawang putih 5 biji
2.bawang besar sebiji (kecil aje cukup)
3. halia seinci
4. sos tiram
5. kicap
6. sayur2 (kobis bunga, lada cameron, pucuk jagung, carrot, n lain2 ikut suka aty kamu ya)
7. daging atau ayam 500g
8. tepung jagung
9.serbuk lada sulah n lada hitam
10. udang (kalau ada)
ni lah rupa bakal mi hailam anda, kalau x macam ni adalah something wrong

Cara2 nya pula:
1. tumbuk bawang putih n bawang besar n juga halia, lumat..jgn kisar, nnti x sedap
2. tumiskan bwang2 yang dah ditumbuk tadi sampai garing
3. jika anda ada rebus daging, masukkan sedikit air rebusan, klu ayam, x payah letak air rebusannya, lemak byk
4. masukkan daging/ayam n air sedikit..agak2lah..makan 8 org punya
5. masukkan sos tiram, agak2 jugak nak rasa camne
6. sedikit kicap, bagi kuah dia hitam
7. masukkan garam n sedikit gula
8. bancuh tepung jagung dlm 4 sudu dgn air, n masukkan dlm kuah, ni nak bagi kuah tu pekat tau, agak2lah nak pekat camne
9. opss lupa, masukkan lada sulah, n lada hitam, lebihkan lada sulah..
10. lastly, masukkan udang basah n semua sayur2...dah sedia untuk dimakan dgn mi..ni adalah sajian utk 1 family...

Mudahkan?? senang je, selamat mencuba

KaPal TerBaNg Nak MeNdaRat

Assalamualaikum kawan2 semoga sentiasa ceria ya...dah 3 ari tak drop something kat sini...hmm x bleh on9.. wifi kat umah problem lah... camera pon rosak,so gambar2 utk post yang lalu pon x dapat nak diuploadkan..by the way ingin saya kongsikan sedikit cerita lawak yang saya baru baca.. maaf jika ada yang x suka, tapi tu lah..geli hati terbaca cerita ni..

Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah….

Emak pengantin lelaki menasihati anaknya,“Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama, maka kamu harus kata, “Kapal terbang ingin mendarat”".

Emak pengantin perempuan pula menasihati anaknya, “Nak, bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat, maka jawabnya, “Lapangan terbang sudah sedia”".


Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba.

Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam tiba hatinya berdebar-debar. Dia mendekati si isteri lalu mengatakan “Kapal terbang ingin mendarat”

Si isteri seperti tidak faham dan berkata “Saya penat bang …mari kita tidur.”

Si suami hampa, namun dalam hatinya berkata “Tak apa mungkin isteri aku malu, beri dia peluang kedua”

Tiba malam kedua.

Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.”

Malangnya si isteri masih tidak faham. Kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar dalam hatinya berkata, “Berita apa pula ini.. Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun, tak ada kena mengena dengan saya.”

Kemudian dia berkata kepada si suami “Sudah lah tu bang, janganlah baca surat khabar lagi, mari kita tidur”

Si suami hampa lagi, tetapi dalam hatinya berkata “Tak apalah esok masih ada.”

Tiba malam ketiga.

Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat. Lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.”

Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hatinya berkata “Mana ada kapal terbang !!”

Melihatkan si isteri menggelengkan kepala, Si suami hampa dan berkata dalam hati “Kejamnya isteriku, membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku.”

Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.

Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya, “Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata, “kapal terbang ingin mendarat??”

Si ibu pun berkata “Apa yg kamu jawab nak ?

Si anak berkata, “Saya tidak jawab apa-apa”

Si ibu berkata lagi, “Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama, sepatunya anak menjawab, “Lapangan Terbang sudah sedia”, sebagai tanda bersetuju”

“Oh saya lupa lah ibu….tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul”

Maka tiba malam keempat.

si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut, Si isteri tertanya-tanya bilakah gerangan si suami akan bertanya. Si isteri akhirnya berkata dalam hati “Mengapa harus aku tunggu lagi, apa salahnya aku sendiri meng`offer’ kan diri Lalu si isteri pun mendekati si suami dan terus berkata “Lapangan terbang sudah sedia”.

Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri, dengan muka yg masam menjawab “KAPAL TERBANG ROSAK”"

haha..kelakarkan?? sorii.. jgn marah=)

Friday, November 19, 2010

MaJliS CukUr RaMbUt AnaK SedAra PerTaMa

Sedang membuat persiapan untuk majlis cukur rambut anak saudara pertama saya..anak kepada kak farah dgn abg Ijal, Nur Mellisa Diana...nanti malam saya upload gambar ye..=)

Thursday, November 18, 2010

7 AlaSan MengapA SainTis PerCaYa AdaNya Tuhan (akhir)


Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.

Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!

Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.

7 AlaSan MenGapa SainTis PerCayA AdaNya Tuhan (2)

Assalamualaikum...post ni adalah sambungan dari post yang lalu..



Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.
Siapakah yang mengajar burung2 ini berkicau lunak kalau bukan Allah??

Dan artist mana pula yang melakar keindahan alam ini??


Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan kehidupan.

Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri?

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?
Ikan salmon ini merantau beribu batu, namun mampu mengingati jalan pulang ke tempat asal walaupun tiada pengetahuan mengenainya
pelikkan?? air laut ni sangat masin, namun ikan2 di dalamnya sedikit pun x berubah rasa.. bagaimana air yang masin ini boleh beri kehidupan pada kita?? Siapa yang mengaturnya??jawapannya Allah..
Jutaan burung berhijrah saban tahun.. adakah benar kata2 darwin mereka bergerak hanya dengan kuasa kebetulan??

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. makhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal bahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk menghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.

Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?