.::FuTure LeAdEr::.

Sunday, November 28, 2010

KiSaH PeNjuAl DadiH dan ZiAraH ke AsRaMa

Assalamualaikum dan salam mesra kepada kawan semua..semoga sentiasa ceria di samping keluaraga tercinta, lebih2 lagi weekend2 macam ni... biasanya weekend nilah hari yang digunakan untuk bangun lewat,padahal hari lain pun lagi lambat..haha.. time weekend ni pun kat umah masak sedap semacam je..tu yang hepy tu..hehehe

Ok di entry ini saya nak bercerita tentang peristiwa semalam, hari jumaat penghulu sekalian hari.. Semalam kawan saya, zaki ajak teman dia jual dadih kat masjid Pontian tu, lepas solat Jumaat, saya pon setuju je lah..maklumlah bosan jugak duduk rumah, lagipun rindu juga nak solat Jumaat kat Masjid Bandar.. Dulu time stay kat Asrama SMKDPB, kami tiap2 minggu solat kat situ.. Imamnya pun seronok dan x mengantuk macam kat kampung sendiri..hehe(maaf ye imam kampung)

Awal kami sampai, 11.30 dah mula jual..tapi x berapa nak laku jualnya, kat Pontian, maklum saja lah jual apa pun bukan senang nak laku..akibatnya saya, siam dan azmeer (kawan jugak) dipaksa zaki memakan dan membeli dadihnya yang sedap tu..haha..jahat ko zaki.. Terjumpalah siam tengah dating degan kawan Ibannya kat tepi laut,, makin dadih yang dibeli dengan zaki..haha..romantiknya Mak Yam..

Lepas tu saya dan zaki singgah pulak kat restoran Assalam kat Pt Mesjid tu, makan rojak mamak..fuhh setahun x makan rojak mamak kat situ..layan.. memang sedap, ingat lagi dulu time bulan puasa, kat asrama, saya cabut balik awal solat magrib kat surau, semata2 nak makan rojak tu sorang2, dalam gelap plak tu x nak bagi orang nampak punya pasal.. x nak bagi kongsi dengan orang lain..hahaha..punyalah sedap sampai jadi kedekut betul!

Habis je makan rojak, kami terus gerak ke SMKDPB, bercadang nak bagi lebihan jualan dadih tadi kat budak hostel, dah terlanjur sampai tu saya ajak laa zaki melawat Ustaz Haris (warden Asrama)..macam apa si Zaki ni berbual dengan ustad, asyik ketawa x sudah2..hahahha... zaki tu memang peramah sangat orangnya..tu yang suka ajak dia jumpa ustad (x payah saya cakap banyak2..dengar je..huhu)

ni lah pemandangan sekolah saya dari luar...sekolah pujaan di daerah Pontian..salah sebuah sekolah harian terbaik Negeri Johor..

Bangunan yang belah kiri tu lah kelas saya time form 3 dulu..zaman cinta monyet..kekekeh

Ni lah dewan Seri Gemilang, tempat kena marah dengan Teacher Mizah kat assembly.. takuutt.. "u'all ni semua cipanzi" haha

Dah abes jumpa Ustaz Haris, saya pegilah pangil budak Aspura, nak bagi dadih kononnya, tapii takda yang turun pun..semua tidur agaknya..lastnya pergi jumpa Mak Zi saja..Mak Zi ni penyelia asrama, dulu selalu mengacau Mak Zi kat Ofis dengan Siam dan Kam.. habis kerepek dia kami abeskan..haha..Kami ni memang peramah..kat mana2 bertiga aje...Mak Zi masih ingat kami rupanya, lama x jumpa..dia ingatkan Pakji mana lah yang datang, maklumlah baru balik solat Jumaat, siap besongkoklah..haha.. Makzi ni kan, dia suka sangat nak menjodoh2kan aku dengan keluarga dia.. dulu dia pernah cakap, "kalau Mak Zi ada anak dara, dah lama Mak Zi kawenkan dengan Fadzly".. ni semalam dia cakap lagi, "Mak Zi nak jodohkan Fadzly dengan anak sedara Mak zi, budak UiA jugak, tapi dia lagi tua"... saya tanya "umur dia berapa tahun" sekali 22 dah..haha..saya cakap "tua sangatlah Mak Zi"..dy ketawa je..hahaha...bajet tol aku ni kan..belum tentu ada orang muda yang nak kat aku ni..haha..

Balik tu singgah lah solat kat surau asrama, surau ni makin cantik tapi sedihlah, waktu solat pun takda..agak bersepah..dulu sebenarnya saya Exco Surau..saya sayang sangat surau ni..kat sinilah tempat melepaskan tension, menangis sorang diri,bagi tazkirah mingguan, jadi imam, azan..surau ni lah menjadi saksi perubahan diri saya dari lelaki yang lembut dan pengecut sampai jadi lelaki berani bercakap depan orang ramai..bukan nak bangga diri, tapi inilah pengalaman yang x boleh saya jumpa lagi lepas ni..dari surau ni buruk sampailah cantik saya jaga (tp pakai duit sekolah lah, duit sendiri xda..) selalu kalau cuti n berkesempatan saya akan solat magrib n isya disini, dan sedikit tazkirah pembakar semangat..sempat melepaskan rindu, azan asar disitu..zaki jadi imam..adalah 3 orang yang turun solat asar..hampeh budak2 ni

Lepas tu, ingat nak singgah kat rumah Ustazah hamidah, tapi dia sakit, tak larat nak turun..cuma jumpa anak dia..dah besar budak tuh..dulu time form 3 tiap minggu datang umah Cikgu Midah, belajar arab..masa tu anak dia kecik je lagi..cakap pun pelat.. zaki cam disappointed je..xdapat nak bual2 lah tu,,haha

itu ajelah cerita pengembaraan di Asrama.. Untuk kawan2 Ostel batch 2010 yang membaca..salam rindu dari Ustaz Haris..dia rindu kat kita, katanya batch kita, batch paling bagus..sampai sekarang dia tunggu pelapis yang sama macam kita..tapi masih xda katanya..kesian ustad...semoga Ustaz n warden2 lain dirahmati Allah..=)

*xda gambar sangat lah..sori..tertinggal camera

No comments:

Post a Comment