.::FuTure LeAdEr::.

Monday, November 8, 2010

AkiBat LamBat BerkahWin

Assalamualaikum kawan2 yang sudi membaca luahan hati cernaan minda dari saya yang daif lagi fakir berbanding ilmuNya. semoga kawan2 semua dalam keadaan sihat walafiat dan dalam peliharaan Allah hendaknya.

Dalam surah al-Nur ayat ke 32 Allah SWT ada berfirman mengenai perkahwinan:
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

Dalam Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Imam Bukhari :
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
 

Mengapa mesti bernikah?? kalau tak nikah x boleh kah??
Pernikahan itu sunnah nabi dan perintah dari Allah kepada lelaki dan wanita yang sudah mampu melakukannya.  Hari ini ramai anak2 muda sudah berkahwin tetapi mereka belum bernikah.  nikah dan perkahwinan itu fitrah yang diilhamkan Allah kepada manusia. Saya teringat ustaz saya di Uia pernah bertanya pada kami, "tell me one of you, that dont have any problem", kami jawab "all of us have many problem" lalu ustaz jawab "if you have a problem, make sure you get married at the end of semester, you will find yourself without a problem".  apa yang saya paham disini, dengan berkahwin, insyaAllah Allah akan jadikan anak adam dan hawa itu rasa tenang.. bukankah perkahwinan itu mawaddah wa rahmah??


Fitrah manusia untuk meluahkan perasaan sekiranya mereka bermasalah.. selepas berkahwin, suami akan berkongsi masalah dengan isteri dan sebaliknya. ketika itu masalah yang sebeban akan terasa ringan dengan curahan kasih sayang dari keduanya. mengapa saya kata rasa ingin berpasangan itu fitrah? lihat saja hari ini berapa ramai anak muda di malaysia yang rata2nya tidak dibenarkan berkahwin pada usia muda, mencari pasangan2 yang tidak halal bagi mereka. bukankah itu menunjukkan masing2 ingin ada "couple" masing2?

Biasanya keluarga tak akan membenarkan anak kahwin selagi tidak mempunyai pendapatan tetap untuk sara anak isteri. paling awal pun graduan universiti akan berkahwin pada usia 23 tahun.itu belum kira yang sambung belajar lagi. Bila keadaan ini terjadi, pasangan yang kurang pengetahuan agama, memilih jalan keluar dengan membuat hubungan tanpa ikatan perkahwinan sah.Berikutan pengaruh dari luar, ada anak muda bersekedudukan dan menganggap ikatan perkahwinan tidak lagi penting. Apabila ada usaha melewatkan perkahwinan sedangkan nafsu gagal dibendung, ia secara tidak langsung akan membuka ruang perzinaan terutama dalam keadaan muda-mudi bebas bergaul sekarang.


Lewat untuk berkahwin telah membawa remaja kepada pelbagai lagi dosa dan maksiat, hari ini berapa ramai muda-mudi menjadikah filem lucah sebagai kitab harian yang ditatap berkali2 bagi mengisi kesunyian mereka, berapa ramai terlibat dengan masturbasi dan onani kerana ledakan nafsu yang tak terbendung, berapa ramai yang mencari alternatif untuk mengadakan seks sejenis untuk kepuasan. bagaimana pula yang melanggan pelacur? yang berhibur di kelab2 saban malam pula berapa ramai?? belum kira lagi kes2 rogol yang semakin berleluasa. akhirnya, hari ini, keluar rumah jumpa orang buang anak, pergi masjid ada orang buang bayi, pergi tandas awam, ada org buang janin. pergi tong sampah ada orang buang zuriat sendiri. ini kah dunia yang bertamadun??



Islam adalah agama yang sangat faham dengan fitrah manusia. sebab itu kita disuruh berkahwin bagi memenuhi fitrah kita. kalau agama lain, melarang paderi2 dan rahib dari berkahwin, Islam tidak melakukan begitu pada Imam2 dan bilal di masjid.  hari ini kita dapat lihat, 'nun' dan 'monk' di kuil2 dan gereja terlibat dengan skandal seks bersama kanak2. melakukan gangguan seksual pada wanita bahkan sesama jenis. ini dia kesan sekiranya manusia menolak Sunnatullah.

Tidak mampu untuk berkahwin?? bukankah sudah saya nyatakan pada awal artikel ini,  Allah pesan pada kita kalau kita miskin janganlah khuatir, Allah berkuasa memberikan kekayaan pada sapa sahaja.  Suburkan lah ibadat bernikah sewaktu masih muda.. kepada ibu bapa diluar sana, buka minda anda, jangan bimbang sekiranya anak2mu belum ada sumber pendapatan, keran a ini janji Allah..duit boleh dicari, tapi akhlak anak2 kalian yang rosak akibat membujang sukar untuk diubati.. ~luahan hati dari diri yang masih membujang~

6 comments:

  1. http://ms.langitilahi.com/perkongsian-kahwin-awal/

    nah. kongsi2 untuk yang nak kahwin awal. hehe.

    ReplyDelete
  2. hehe..keputusannya belajar berdikari cepat2..jgn wat alasan lagi..lagi2 yang belajar kat oversea ni..hehe

    ReplyDelete
  3. berdikari sudah. calon insyaallah ada je kalau dah isi borang. ehe.

    cuma diri ni ha. rasa tak sempurna lagi nak jadi suami. taknak jadi suami yang tak reti nak jaga keluarga nanti. cumanya sentiasa bersiap sedia ke arah itu. kumpul duit, jaga kesihatan biar cukup nak bagi nafkah nanti. :)

    kau lah fadzly kahwin cepat. hehe. kat malaysia banyak kot akhwat. lagi2 kat UIA. ahaha.

    ReplyDelete
  4. huhu..fizikal tu insyaallah dah sedia..tinggal nak dpt restu org tua aje..xdpt2 ag restu tu.. xpelaa..ikut ckp owg tua pon mudah2an dpt pahala jgak...=)
    kat uia?? sama aje cam tmpat lain..belum ada yg berkenan kat ak ni=p

    ReplyDelete
  5. haha. suruh mak ayah carikan sudah. nak pening2 tunggu berkenan kat hati buat apa. :)

    aha. yeke? Mak ayah aku dah restu dah. jangan tak bagitahu dah kahwin sudah. haha

    ReplyDelete
  6. huhu..klu dah terdesak sgt bru suruh diowg cari...haha..
    baguslaa tu, tnggu empunya bdn je=)

    ReplyDelete