.::FuTure LeAdEr::.

Sunday, November 14, 2010

BerBaSikAl TuNaI Haji

Assalamualaikum kawan2, semoga sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah, seterusnya kita diberikan kekuatan untuk berlumba2 dalam mengerjakan kebaikan dan beribadat kepada Allah.. Alhamdulillah hari ini sekali lagi diberikan nafas oleh Allah untuk menghirup udaraNya yang segar, saya mulakan hari ini dgn sedikit senaman, baca berita dari Utusan Malaysia dan Harakah Daily.

adapun saya tertarik dgn berita dari utusan Malaysia yg menceritakan dua orang hamba Allah dari yang datang dari Capetown,Afrika Selatan yang hanya berbasikal ke Tanah Suci Haram. MasyaAllah, saya berasa sedikit sebak memikirkan iman di dada terlalu lemah kerana tiada rasa mahu berkorban untuk mencari Allah.  Berbanding Imtiyaz Ahmad Haron dan Nathim Cairncross yang sanggup menggadai masa, tenaga dan nyawa semata2 utk menunaikan rukun Islam kelima dgn hanya berbasikal ke Makkah.  Hal ini sudah tentu disebabkan kekurangan dan kedaifan mereka.  tetapi saya yg hidup mewah di Malaysia ni masih lagi tidak mampu ke sana.  Mudah2an Allah akan memberi saya kekuatan dalam berlumba2 melakukan kebaikan. begitu juga kawan2 semua.



Berikut merupakan laporan penuh berita tersebut:

JEDDAH 14 Nov. - Imtiyaz Ahmad Haron dan Nathim Cairncross meninggalkan Cape Town, Afrika Selatan pada Februari lalu dan tiba di Mekah untuk menunaikan haji selepas berbasikal ke kota suci ini selama sembilan bulan.

Kedua-dua mereka menempuh 12 negara dalam perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum tiba di sempadan Arab Saudi pada penghujung bulan lalu, tiga minggu lebih awal sebelum ibadat haji bermula.
Imtiyaz, 25, dan Nathim, 28, merancang pengembaraan haji mereka ini sejak Disember tahun lalu tidak lama selepas mendapat inspirasi daripada cerita perjalanan jemaah-jemaah haji sebelum mereka.

"Jika saya bekerja keras untuk mencapai sesuatu, di penghujungnya ia adalah lebih manis dan lebih dihargai. Selepas sembilan bulan berbasikal merentasi Afrika dan Asia Barat, saya sangat menghargai pengalaman ini," kata Nathim kepada wartawan Al-Jazeera.

Perjalanan mereka bermula pada pagi 7 Februari sewaktu hari hujan dari sebuah masjid Cape Town, di mana hampir 500 orang berkumpul untuk mengadakan majlis doa selamat buat mereka.

Katanya, mereka bukan pengayuh basikal profesional, namun menjalani latihan fizikal dengan meningkatkan senaman iaitu mendaki gunung, berlari di pantai dan berenang kira-kira dua bulan sebelum bertolak.
Imtiyaz berkata, rakan-rakan mereka yang lain membantu merancang perjalanan mereka dan khidmat jabatan lalu lintas Afrika Selatan, menyelidik keperluan visa.


Doktor mendiagnosnya dan Nathim sebagai 'gila', katanya.
''Seolah-olah satu rahmat apabila menjejakkan kaki di Mekah dan tawaf mengelilingi Kaabah dengan ihram yang basah akibat hujan.'' tambahnya.

Allah Maha Hebat, Berkuasanya Allah, dipuja puji dari pagi hingga ke pagi semula. demi mencari Allah, seluruh makhluk di daratan mahupun dilautan, di bumi mahupun dilangit, yang nyata dan juga yang ghaib, yang bernyawa dan tidak bernyawa, yang berakal dan juga bernafsu seluruhnya akan berkejar-kejaran menjunjung perintah Tuhannya..MasyaAllah..mudah2an Allah mempermudahkan urusan haji untuk saudara2 kita di Tanah Suci Makkah..InsyaAllah

3 comments:

  1. wa i suke giler dgr citer ni
    pengorbanan yg sgt besar
    terigin gak wat sesuai yg mcm tu tp x tau r

    ReplyDelete
  2. huhu..buatlah zubir..nnti kte pegi sama2..haha..ni kira ok 9 bulan, ak pernah tgk kat tv org tua dr india berjalan kaki ke mekah..3 tahun bru smpai..

    ReplyDelete
  3. terharunyer bace....sanggup wat cmtu demi
    Allah....moga mereka dpt haji mabrur

    ReplyDelete