.::FuTure LeAdEr::.

Wednesday, November 10, 2010

MeNgaPa MeSti BerbOhonG??? (susulan kes PhD palsu 'dr' fadzley)

Assalamualaikum kawan2 yang sudi membaca, semoga sentiasa dalam perlindungan Allah, dan tertangkis dari tipu daya syaitan. hari ini heboh 1 Malaysia, seorang artis yang juga motivator yang menjadi ikon pendidikan ramai anak2 muda hari ini didakwa menggunakan ijazah kedoktoran palsu. saya bercakap berkenaan 'dr' fadzly, alamak, nama kita samalah. saya pon menggunakan nama 'dr'fadzly di blog ni, tapi bukanlah tujuan mahau menipu, sekadar memberi semangat dan doa untuk diri sendiri..jangan marah ye...hehe



"Dr". Fazley, bekas penyanyi yang pernah popular dengan lagu Asmara Ini didakwa telah menggunakan ijazah kedoktoran palsu sehingga boleh membuka sebuah institut pengajian tinggi yang turut menawarkan kursus ijazah daripada University of wales. Siasatan yang dikelolakan rancangan terbitan BBC mendedahkan bahawa Fazley Yaakob, yang memiliki Fazley International College (Fico) bertempat di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur rata2 mengetahui bahawa beliau memiliki ijazah sarjana & kedoktoran dalam bidang pengurusan perniagaan. tetapi kedua-dua ijazah tersebut dilaporkan palsu.

Susulan dari kes ini, University of Wales telah menggantung penglibatan mereka dalam FICO, dan tidak akan mengambil mana-mana pelajar daripada FICO untuk belajar dalam bidang MBA& pengurusan perniagaan sehingga siasatan selesai. Fazley pernah mendakwa dirinya menerima ijazah daripada Europian Business School (cambridge), sebuah institut yang berasal daripada Irish International University, dimana pada tahun 2008 hasil sisatan BBC mendapati bahawa institut tersebut adalah palsu semata-mata.

Saya tidak pasti perkara ini masih dalam sisatan atau tidak. dan ia tidak disahkan lagi oleh empunya diri, fazley yaakob. tapi sekiranya dakwaan ini betul, saya ingin melahirkan perasaan sedih dan kecewa saya kepada beliau. Ibu dan keluarga saya amat minat pada beliau, Ibu saya sendiri pesan, "fadzly, ko mesti jadi pandai macam dr.fadzley" nama pun sama.huhu.. dan sudah pastinya beliau memburukkan lagi nama anak seni Malaysia yang sedia ada buruk. hari ini, kredibiliti beliau sebagai ikon pendidikan rakyat malaysia sedikit tercalar. beliau merupakan duta kamus elektronik terkenal, dan selalu keluar di kaca tv untuk memberi motivasi. malang sekali sekiranya berita ini betul.

Justeru itu, berbohong adalah haram dan ditegah dalam Islam, rezeki yang datang dari jalan penipuan juga adalah haram. Dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Imam Ahmad,
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran.(Menegakkan benang basah ) “.

Justeru itu, elakkan daripada berbohong. kerana berbohong akan makan diri anda balik..ambil pengajaran dari cerita ini~ kecewa

 

No comments:

Post a Comment