.::FuTure LeAdEr::.

Thursday, November 11, 2010

Mengapa SuKar PerBetulKan SaF??

Assalamualaikum kepada kawan2 yang membaca post ini.. semoga terus diberkati allah, lebih2 lagi pada hari jumaat, sayyidulayyam yang mana Allah janjikan kebaikan pada orang yang menunaikan solat jumaat pada hari ini..
Alhamdulillah hari saya dapat solat jumaat di Masjid Pt Ibrahim, setelah sekian lama solat di tempat orang. walaupun masjid kampung, tapi solat disini lebih bermakna dari tempat2 lain.  Sebelum ini saya pernah solat di hampir seluruh negeri kat malaysia ni. rata2nya sama, apa yang sama?? kebanyakan orang di Malaysia ni sangat berat untuk merapatkan saf ketika solat berjemaah.  Mungkin kerana keadaan masjid2 kita yang mewah dan besar, jadi hati kita berasa sedikit angkuh untuk merapatkan saf.
Syahdu melihat jutaan manusia sujud kepada Allah yang Satu


Berbeza dengan solat di Masjid Nabawi, Masjidil Haram. Umat islam di sana lebih terdidik tentang bagaimana cara solat berjemaah dengan betul.  Satu2nya masjid di Malaysia yang mengamalkan budaya seperti ini, adalah Masjid Sultan Ahmad Shah, UIA (yang saya pernah jumpa lah).  Tempat2 lain, susah rasanya nak lihat saf diatur dengan betul.
Suasana indah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, IIUM
Dari Anas r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w, sabdanya ” Betulkanlah saf-saf (barisan) kamu semasa sembahyang berjemaah, kerana sesungguhnya pembetulan saf-saf itu (adalah ia) dari amalan mengerjakan sembahyang dengan sempurna (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis diatas menunjukkan pentingnya meluruskan dan merapatkan saf.  ada 3 sebab mengapa kesempurnaan dalam saf itu sangat penting

1. Rapatkan Saf itu lambang perpaduan
tidak kira, berapa gaji kita, pangkat kita atau jumlah harta kita, kita dimestikan untuk merapatkan saf ketika solat berjemaah kerana itu merupakan lambang kesatuan dan perpaduan umat Islam.

Imam Ghazali rahimahullah dalam kitabnya, Bidayatul Hidayah berkata,"rapatkan saf, nescaya Allah akan betulkan hati sesama kamu (memupuk perpaduan). Walaupun ia benda kecil, tapi ingatlah permulaan kepada sesuatu yang besar (rahmat dan hidayah) adalah bermula dengan sesuatu yang kecil".

Dalam satu hadis

Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, “Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Janganlah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)
Jangan begini




ni yang betul



2. Allah menerima solat berjemaah yang sempurna safnya
solat berjemaah itu ibarat barisan tentera yang taat pada pemerintahnya. berbaris lurus, menunggu arahan dari ketua (imam) dan bergerak serentak.  Ia merupakan lambang rasa hormat dan patuh kita kepada Allah. InsyaAllah, apabila Allah meredhai solat kita, Allah akan menerima amalan2 soleh kita

3.Syaitan tidak masuk dalam saf yang rapat

dalam riwayat yang lain Nabi saw bersabda:
“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad)

4.solat berjemaah sumber kekuatan umat Islam
dalam satu kisah di zaman Khalifah Sayyidina Umar RA, umat Islam telah melalui beberapa siri peperangan dengan musuh Allah. biasanya tentera Islam dapat memenangi peperangan dengan mudah. namun kali ini, Sayyidina Umar berasa sedikit gusar apabila tentera Islam sudah kalah dalam beberapa siri peperangan. Lalu pada suatu beliau memeriksa saf solat tentera yang mahu solat berjemaah. alangkah marahnya beliau apabila mendapati saf solat tidak dirapatkan dan diluruskan dengan sempurna, "jika solat berjemaah yang mudah ini sahaja kalian gagal sempurnakan, bagaimana pula kalian mahu masuk berperang??" lalu diperintahkan agar saf solat diperbetulkan. Akhirnya dengan izin Allah, tentera Islam telah memenangi peperangan itu. begitulah kawan2, hebatnya kesan solat berjemaah dalam institusi umat Muhammad. seorang tokoh zionis pernah berkata, "umat Islam tidak akan merampas baitulmaqdis dari kita, melainkan jumlah mereka yang solat subuh berjemaah di masjid menyamai jumlah mereka solat jumaat". Lihatlah, betapa musuh kita sendiri tahu dimana kekuatan kita. mereka tidak kuat, tetapi kitalah yang lemah. Ayuh, rapatkan saf, teguhkah perpaduan kita.


No comments:

Post a Comment