.::FuTure LeAdEr::.

Saturday, November 13, 2010

BaHana CinTa SeBeluM KahWin

Assalamualaikum kawan2 yang sudi membaca..semoga sentiasa dalam redha dan tenggelam dalam kecintaan kepada Allah.. Hari ini kita lihat, semua yang bernama remaja bercakap soal cinta. kalau di facebook, setiap hari ada sahaja link berkaitan cinta. Ada cinta sebelum nikah, cinta selepas nikah, tidak kurang juga cinta dengan orang yang sudah bernikah. tidak kurang juga yang sinis menentang cinta yang keluar dari batasan agama.


Bila kita kata, haram bercinta sebelum nikah, mereka akan menjawab, "nak buat macam mana,cinta ini dtg sendiri dalam hati ni". Ya benar cinta itu boleh hadir sebelum nikah, namun Islam ada garis panduan bagaimana mahu menangani perasaan2 itu.  Islam tidak pernah membenarkan lelaki dan wanita yang tiada hubungan sah melafazkan perasaan itu, dan saling merindui apatah lagi bertemu untuk melepaskan rindu yang akan berakhir dengan pelbagai dosa lagi.  Apabila Islam tegah, bukan bermakna Islam mahu mengongkong, tapi Allah tahu kesan buruk sekiranya larangan tidak dibuat.

Saya akui, saya juga pernah melalui perkara yang sama, saya berharap Allah mahu mengampuni dosa ini.  Akibat kurangnya ilmu, lemahnya iman, saya juga pernah terjebak dengan amalan ber'couple' seperti ini. saya harap selepas ini saya akan kuat melawan bisikan2 syaitan yang sentiasa mahu saya melakukan dosa.


dibawah ini, ada sedikit daripada ratusan kesan bercinta sebelum nikah:

1. diri umpama lembu yang dicucuk hidung oleh nafsu syahwat

2.Menyibukkan diri dengan mengingati orang yang haram baginya, membuka jalan kepada syaitan untuk memasukkan jarum hasutan bagi melupakan diri kepada Allah

3.Hati akan tersiksa dengan cengkaman rindu yang mendalam, sehinggakan lupa pada tanggungjawab sebenar

4.perasaan rindu akan membawa anda melakukan perbuatan2 yang menyalahi agama..lebih2 lagi lelaki yang sudah tentu memiliki daya seksual yang lebih tinggi

5.cinta yang lalai tentu akan membuatkan badan malas mempersiapkan diri pada tugas sebagai hambaNya

6.Akal tidak dapat berpikir dengan sempurna, perkara yang buruk akan dianggap baik. sering kali kita dengar, orang2 ini berkata, "saya berkapel mengikut landasan agama, saya x buat benda yang terlarang". sedangkan Islam tidak pernah memberi panduan untuk berbuat dosa..

7.Memulakan alam rumah tangga dengan sesuatu yang haram, jika di awal perkenalan sudah haram, apatah lagi di pertengahan dan akhir hubungan..

8. Jika hubungan terlarang ini berakhir dengan perkahwinan, rasa manis bercinta itu akan berkurangan, sudah tiada yang special (maklumlah semua dah tahu sebelum berkahwin lagi), akhirnya, perceraian menutupi tirai perkahwinan

sebab tu lah kalau kita lihat datuk dan nenek kita, walaupun berkahwin dengan orang yang tidak dicintai sebelum nikah, mereka mengamalkan cinta selepas nikah, berkekalan sehingga akhirnya. hari ini, bercinta bagai nak rak, kahwin x sampai setahun dah bercerai. adoi, anak2 yang jadi mangsa..

ini sekadar pendapat saya, jika ada yang tidak setuju, saya x boleh kata apa. saya cuma mahu menyahut seruan amar maaruf, nahi munkar. yelaa, nak tegur depan2 susah..jadi tegur kat blog je laa..hehe..

2 comments:

  1. Bila mana Allah menutup satu pintu, Allah akan buka pintu lain yang penuh dengan keberkatan. Allah menutup pintu untuk hambanya berkasih2han melampaui batasan, tetapi Allah buka pintu pernikahan untuk hambanya merasai nikmat apa yang telah Allah haramkan sebelum pernikahan.

    ReplyDelete
  2. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

    ReplyDelete