.::FuTure LeAdEr::.

Wednesday, November 17, 2010

BoSaN PoliTik MalAysiA

Assalamualaikum kawan2 semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah, semoga umat Islam sentiasa dalam keadaan bersatu padu sehingga mampu menumbangkan musuh2 kita. sesungguhnya musuh umat Islam itu tidak kuat, bahkan kitalah yang lemah sebenarnya.

Rasanya dah lama saya tak post berkenaan dengan politik, saya sebenarnya minat dengan politik.. seni dalam politik sangat menarik, mendebarkan dan melucukan. Kalau saya diberi peluang, saya mungkin akan major in politic.. namun malangnya rakyat Malaysia sejak akhir2 ini kerana politik Malaysia seolah2 memperbodohkan kita.. saya tidak berminat untuk menyebelahi mana2 parti, kerana politik kepartian bukanlah jalan yang digariskan oleh Islam.  jadi mana yang betul, itulah yang saya sokong, mana yang salah itu yang saya sanggah.

Akhir ini semua benda nak jadi politik. yang hairannya banjir sebagai bencana alam yang memusnahkan kehiidupan manusia pun dipolitikkan.. masing2 kerajaan pusat dan kerajaan negeri mahu tunjuk hero.. mahu menjadi juara rakyat, kononnya merekalah yang membela rakyat.. lebih2 lagi di Kedah, saya melihat kerajaan negeri juga telah sedaya upaya membela nasib rakyat Kedah yang menjadi mangsa banjir. Ustaz Azizan memang kuarng bercakap tapi banyak kerjanya.  Sebelum ini kerajaan negeri kurang menjadi sasaran kerajaan pusat, berbanding selangor, pulau pinang dan kelantan.  Ini disebabkan Federal kekurangan isu untuk 'attack'  Ustaz Azizan. Tahniah Ustaz! Agaknya sebab itulah beliau malas berurusan dgn media arus perdana..Klau sya jadi beliau, saya tetap akan bersemuka dgn media2 ni.. tapi sya hentam abis2 baru saya buat tak tau je..

Sebelum ini, isu TG Nik Aziz memberi sumbangan kepada muallaf2 dari kalangan orang asli, Utusan hebat menghentam TGNA membeli undi masyarakat orang asli, masyaAllah, saya terfikir jahilnya penulis utusan tersebut.. Bukankah muallaf atau saudara baru itu salah satu asnaf yang layak menerima zakat?? inikan urusan agama kenapa mesti dipolitikkan? sakit hati melihat politik kotor macam ni rupa..kalau tiada isu yang mahu dipergaduhkan, sudah2 lah..tak payahlah gaduh..

Belum lagi hal politik PKR yang kaya dengan masalah dalamannya...Isu Zaid Ibrahim yang give up dgn kepimpinan parti membiarkan kerosakan dalam pemilihannya..belum lagi Anwar Ibrahim yang marah dengan pengiktirafan PM Australia buat Malaysia..Hai, nama negara harum pun nak dibusukkan juga?? kalau kita lihat situasi pembangkang di negara lain, pembangkangnya bermatlamat membetulkan sekiranya kerajaan salah.. tapi di Malaysia, kerajaan buat benda betul pun, pembangkang nak cari pasal.. buat betul, dikutuk, buat baik diperli... bosan...bosan...bosan...

sudah2lah tu... Politik kepartian, demokrasi ni diajar oleh koloni yang sentiasa mahu umat Islam berpecah belah..kalau dengan parti ini kita sudah mahu bergaduh sesama sendiri, bermakna kita kalah dengan musuh Islam..sama2lah rapatkan barisan..berkhidmat kepada rakyat dengan ikhlas..kerana Allah Taala..=)

No comments:

Post a Comment