.::FuTure LeAdEr::.

Tuesday, November 16, 2010

PerSiaPan Raya Aidiladha KeLuaGa EnCik BaSar

Assalamualaikum kawan2 yang sudi mengikuti blog ni, semoga kita sentiasa dirahmati Allah lebih2 lagi pada hari raya aildiladha ni.. kat post ni saya nak cerita tentang persiapan hari raya tahun ni.. tahun ni persiapan mcm biasa sperti tahun2 lepas.. sambutan cara kampung.. dengan ketupat yg dianyam sendiri, rendang, serunding, ayam masak kicap, sayur lodeh...lemang je yang xda, sebab tiap2 petang hujan, ayah x dapat nak ambil buluh..huhu..

tapi lemang tu kita gantikan dengan burasak, burasak ni plak makanan orang bugis yg dibuat dari nasi... tapi saya ni orang jawa, bukan bugis tau.. tapi nama je jawa, cakap jawa sepatah haram saya x paham..hehe..

Menu2 kami time raya ni:

ni tak kan lah tak tau kan..ketupat


ni lah burasak, makanan orang bugis


ni namanya lepat, dibuat dari pulut..makanan orang jawa



ni ayam masak kicap, saya yg masak..huhu


rendang hati n daging, air tangan mak


lodeh ni nyai yang buat, nyai tu panggilan orang jawa untuk nenek


dan bermacam2 lagi yg x sempat nak ambil gambar ye..huhu.. Petang ni saya upload gambar lagi ye, petang ni ada korban 3 ekor lembu kat depan rumah ni.. kalau hari raya puasa, kat kmpung ni sebulan kami berkunjung kat rumah orang kampung, buat marhaban.. tapi klu raya korban plak, 4 malam kami akan berkunjung rumah orang kampung, untuk bertakbir.. ni lah seronoknya duduk kat johor, maulidurrasul, raya puasa, raya haji memang disambut sehabis meriah..huhu..

anak sapa laa ni???

tak sempat salin baju, dah kena paksa masak dgn mak...

2 comments:

  1. dah mulaa la tu mencarut ye amer?? bila mau dtg umah ni??

    ReplyDelete