.::FuTure LeAdEr::.

Tuesday, November 9, 2010

PeNgajAran SurAh Al-InsYiRah..PeNawAr Bagi Yg BerDuka, PeNyuLuh BAgi Yg KegeLapAn

Assalamualaikum kawan2 yang sudi membaca.. Semoga sentiasa dalam keadaan tenang, aman dan tenteram. dulu cikgu selalu pesan, kalau takut, rasa berdebar2, gementar dan gemuruh, bacakan surah al-Insyirah, tiup pada tangan, sapu pada dada. alhamdulillah itu yang saya amalkan bila nak bercakap depan audience, dan kesannya akan dirasakan sendiri dan orang yang mendengar. kita yakin dengan apa yang kita cakap (walaupun speaking broken abes), dan yang mendengar akan rasa terpegun dan mudah paham.. inilah rahsianya, surah al-Insyirah.. inilah surah yang mesti saya baca setiap kali solat bersendirian..kerana maksudnya yang tersendiri lagi menenangkan jiwa yang tidak tenteram



Alhamdulillah baru lepas baca artikel2 di iluvIslam, saya rasa tertarik dengan artikel tentang kemudahan VS kesusahan..berikut adalah terjemahan dari surah ini:
1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

2) dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -


3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?


4) dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?


5) oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,


6) (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


7) kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),


8) dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

dari ayat diatas dapatlah kita simpulkan sedikit dari banyak pengajaran:
1) Allah itu Maha Adil, tidak sesekali Dia meletakkan sesuatu ujian di luar kemampuan makhluknya, seperti mana dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah (2:286). Ayat ini disokong dengan ayat keenam Surah Al-Insyirah di mana kesusahan akan disertai kemudahan.

2) Allah mengajar makhluknya bersabar dan yang paling penting percaya dengan janji Allah. Cuba sahabat bayangkan, andai kata kita tidak yakin bahawa kemudahan pasti datang selepas kesusahan pasti kita akan cepat melenting dan bertindak di luar batasan apabila kita diuji dengan ujian yang berat. Maka, dengan adanya janji Allah ini kita mampu membentuk diri menjadi insan yang redha dengan ujian yang menimpa.

3) Ayat ketujuh surah ini mengajar kita untuk bersifat sistematik. Subhanallah, betapa Islam itu agama yang memberi panduan untuk penganutnya bukan hanya perintah untuk melakukan ibadah semata-mata. Ini menunjukkan betapa syumulnya (sempurna) Islam. Ilmu pengurusan yang boleh dipelajari dari ayat ini ialah; kita perlu menyenaraikan kerja kita dan melaksanakannya mengikut keutamaan. Apabila selesai satu kerja, barulah kita melakukan kerja yang seterusnya.

4) Allah menyeru kita bersungguh dalam melakukan amal soleh. Ya, bersungguh-sungguh. Inilah masanya untuk kita bermuhasabah. Saya mengingatkan diri sendiri juga untuk turut mengubah diri supaya lebih bersungguh-sungguh dalam pekerjaan. Kadangkala memang kita sudah siapkan sesuatu kerja, tapi adakah cukup usaha yang kita curahkan? Betulkah cara kita menyiapkan kerja? Adakah unsur leka dan lalai di dalamnya? Sama-samalah kita renungkan...

5) Akhir sekali ayat ini menyeru agar kita memohon kepada Allah untuk mendapatkan perkara yang kita inginkan. Satu perkara yang saya terfikir; kaitan antara ayat 7 dan 8. Kaitan antara usaha yang bersungguh-sungguh dengan amalan berdoa. Ini menunjukkan bahawa tiada jalan pintas untuk kejayaan, ia perlu dirintis dengan usaha yang mantap dan akhirnya barulah kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya.



Moga perkongsian berkenaan Surah Al-Insyirah dapat menjadi penyuntik semangat kita untuk terus berusaha serta yakin dengan ketentuan Allah tentang janji kesenangan selepas kesusahan. Sama-samalah kita meletakkan keutamaan dalam setiap pekerjaan kita dan akhirnya letaklah pergantungan dan pengharapan hanya kepada Allah. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.


Sekadar perkongsian untuk mengingatkan diri yang masih dan terus berada dalam proses pembelajaran.

No comments:

Post a Comment