.::FuTure LeAdEr::.

Friday, December 31, 2010

YaNg MaNa Satu KiTa PuNya??

Assalamualaikum dan salam mesra...semoga anda sentiasa ceria selalu..kerana dirimu begitu berharga..bak kata iklan kosmetik ekspresikan wajahmu..hehehhe...

Malam tadi tidur saya agak terganggu dengan dentuman2 bunyi mercun yang menandakan berlalunya 2010 dan 2011 pula menyuakan wajahnya...saban tahun, hebat penangan tahun baru ni?? kenapa hebat ye? kalau tahun baru ni tak hebat, masakan IIUM yang terkenal dengan Islamiknya boleh kosong dan sunyi sepi..ramai bakal2 sarjana dari kampus gombak bersama2 meraikan tahun baru Gregorian. tak perlu diundang atau dijemput, masing2 berpusu2 ke dataran Merdeka atau KlCC dan lain2..

Yang menyedihkan, sambutan Maal Hijrah pula tidak begitu, Masjid2 kosong..hanya warga tua yang memeriahkan suasana membaca doa awal dan akhir tahun. Malah ada yang siap bertanya kepada saya "eh malam tadi maal hijrah ya??" saya bertanya "Mana jati diri kita sebagai muslim? Tahun baru kita pun tak ingat, tahun orang ingat pulak?" Malah yang menyentapkan hati ni, ada suara sinis orang Islam mengatakan, baca doa awal dan akhir tahun tiada dalam syariat Islam..Bidaah!! Adakah berdoa itu pun satu bidaah yang sesat?? Malahan ramai orang yang berkata begitu, sama2 turun padang malam tadi menyambut tahun baru 2011.. eh tak bidaah pulak?? Oh No, this not bidaah, this modernisation...huhu..haru dengar..

Oh ye, mereka kata, maal Hijrah pun disambut juga..memang disambut pun..Alhamdulillah..cuma sambutannya berbeza, disambut di kawasan tertutup, PWTC. Hadirin yang datang terdiri dari kakitangan kerajaan dan swasta. itupun "diarahkan" datang kerana takut dewan kosong.. Bosan kan sambut Maal Hijrah?? ucapan je banyak..tu yang anak muda tak datang..

Jadi saya sebagai Muslim mengambil pendekatan mengubah dengan hati dan lisan..secara lisannya saya telah post di laman Facebook "tanpa disedari tahun baru kita dah hampir sebulan berlalu, tapi kita baru teringat untuk memperbaharui azam malam ni"  Ayat ni seperti sinis, tapi saya berniat baik..saya tak menghalang anda menyambut tahun baru, cuma cara sambutan tu yang tak betul..mendengar konsert, bercampur gaul lelaki dan perempuan..sapa yang berani kata ia baik?? Ada juga yang komen, "jangan kritik je, kena ubah".. macam mana nak ubah kalau tak kritik?? ubah dengan hati?? bererti anda hanya simpan iman sorang2..tak sebarkan pada orang lain..

Pada saya menyambut Tahun Baru tu baik, anda memperbaharui segalanya..tapi cara sambutan tu yang tak betul..adakah ramai2 yang keluar menyambut malam tadi tu, berkumpul semata-mata nak memperbahurui azam?? tentunya tidak..mereka berkumpul sebab ada awek sekali, berkumpul sebab ada konsert sekali, cuba tahun depan pakat2 tak buat konsert..baca doa selamat je..memang haram orang nak datang..

Selamat berfikir..peace=)

No comments:

Post a Comment