.::FuTure LeAdEr::.

Thursday, December 30, 2010

AmAlan SuNat HaRi JumAat

Assalamualaikum kawan2..sihat semua?? lama kita tak jumpa dekat blog ni kan?? maklumlah, saya ni busy sentiasa bila dah balik kat kampus ni..tapi pada hari penghulu sekalian hari ini, saya luangkan sedikit masa untuk kawan2..lebih2 lagi hari ini 1 Malaysia bercuti setelah pasukan bola sepak kita menjuarai Piala Suzuki.. Caya lah Malaysia!!  Tapi ramai antara kita tak memanfaatkan cuti ini dengan amalan berfaedah..tengok sajalah roomate saya, masih lagi tidur dengan enaknya..huhu..macam kelawar pun ada jugak budak2 ni..

saya nak mengajak kawan2 semua agar sama2 kita lakukan amalan sunat pada hari Jumaat ni.. Sebenarnya banyak fadhilat hari Jumaat..tapi saya cuma nyatakan sebahagian darinya:

1.  Perbanyakkan Selawat kepada Junjungan Nabi SAW pada malam dan siang hari Jumaat. Sabda Baginda SAW, maksudnya: "Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali." (HR al-Baihaqi)


2.  Membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam jumaat.  Abu Said meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sesiapa yang membaca surah al_kahfi pada hari Jumaat, dia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat" (HR Nasaie dan Baihaqi)

3.  Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.  Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya hari Jumaat ialah hari raya yang Allah jadikan untuk Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat maka hendaklah ia mandi.  Jika memiliki minyak wangi, hendaklah ia memakainya, hendaklah pula kalian bersiwak." (HR Ibnu Majah dengan sanad yang hasan)

4.  Bersegera menghadiri solat Jumaat. Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi mereka yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah. Yang paling awal akan mendapat ganjaran korban seekor unta.. dan yang hadir pada waktu terakhir, hanya seperti bekorban sebiji telur.


5.  Berusaha untuk duduk dekat dengan Imam semasa solat Jumaat.  Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: "hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (HR Abu Daud dan al-Hakim). Namun begitu bagi yang hadir lewat memadailah duduk di belakang. kerana melangkahi makmum yang lebih awal, adalah perbuatan yang kurang beradab dan makruh hukumnya..


Semoga bermanfaat..peace=)

No comments:

Post a Comment