.::FuTure LeAdEr::.

Wednesday, April 27, 2011

MaSjiD BuKaN HaK MutLaK AjK MaSjiD

Assalamualaikum kawan2..Alhamdulillah baru tiba di rumah..usai menjemput adik di UiTM Melaka sempat kami meronda2 di Bandaraya Melaka Bersejarah, sambil bersiar2 sambil ambil2 gambar.  Kami adik-beradik cukup suka bersiar2 tempat2 macam tu, jimat dan tak payah keluar duit.


Tiba2 bateri kamera kong, aduss spoil betullah..

Lalu kami singgah di sebuah masjid yang saya rasa paling besar kat Pusat Bandaraya Melaka.  Waktu zuhur dah nak masuk.  Indah nian masjid ni..mesti seronok solat jamak kat sini.  Sambil tu saya suruh adik charge bateri kamera. Boleh ambil2 gambar masa berjalan nanti.

Tiba2 datang pengawal keselamatan menegur"adik, imam besar masjid ni tak benarkan jemaah charge apa2 kat sini, maaf, tu je pakcik nak cakap".  Saya terkesima..hmm..pakcik tu pun muka serba salah je..kesian pulak.."takpelah pakcik, saya paham.tugas pakcik" jawab saya dengan kesal.

Situasi ini amat mengecewakan sekiranya berlaku di Masjid.  Pada pendapat saya yang hina ni,masjid bukan tempat untuk solat sahaja. Tapi masjid adalah pusat segala ibadah. Ibadah bukan solat sahaja, tidur juga ibadah, makan juga boleh jadi ibadah. Pada saya tak salah jika musafir seperti kami untuk charge handset atau ladtop dan kamera. kerana ke mana lagi kami boleh pergi kalau bukan masjid?

Sayang masjid yang besar dan indah, tapi tidak digunakan untuk umat


takkan nak pergi gereja pulak?

Kebanyakan AJK masjid khususnya di Malaysia telah menjadi liabiliti kepada masjid. Malah menjadi fitnah kepada agama.  Maaf jika saya keterlaluan. Situasi berikut sering berlaku:

1. Suka kunci masjid apabila bukan waktu solat.  dengan alasan takut barang2 berharga hilang. saya tak paham masjid yang menjadi hak umat Islam, ia adalah harta waqaf. tapi bagaikan menjadi stor tempat simpan barang berharga!

2. Tak benarkan tidur dan makan dalam masjid.  Saya paham mereka khuatir masjid kotor, tapi orang yang singgah ke masjid adalah pencinta masjid, InsyaAllah mereka akan menjaga kebersihan.  Makan dan tidur bukan sejenis maksiat yang haram dilakukan. Tetapi umat Islam mesti menjaga kebersihan masjid.

3.  Duit masjid hanya disimpan kerana ia dianggap aset masjid, masjid yang banyak duit, masjid yang hebat.  sedangkan mereka memegang amanah untuk membelanjakan wang2 itu untuk manfaat orang Islam. bukan simpan saja buat pencuci mata.

4.  Menjadikan masjid hanya pusat orang tua2, tak pandai nak menarik anak2 muda. Program yang diatur tak mesra remaja.  Masjid bagaikan neraka kepada remaja yang gersang jiwanya. mereka terpaksa datang seminggu sekali padahal mereka tidak rela.

5. dan banyak lagi..

Mereka sepatutnya malu menyeru di ats mimbar agar umat Islam mengimarahkan masjid,

Case 1:
Saya pernah menyaksikan seorang 'ahli masjid' menyindir seorang anak muda yang jarang ke masjid. "datang masjid pon nak pakai seluar jeans?"

Masjid bukannya rumah anda, dan iman anda tak terletak pada seluar, atau labuhnya jubah anda atau besarnya serban anda.

Case 2
dan pernah juga saya jumpa seorang imam yang kami minta tolong untuk ajar remaja2 yang belum pandai mengaji.dia berkata "saya boleh agak, dua tiga minggu je korang ni datang mengaji, lepas tu mesti sorang2 hilang"..mengecewakan imam ni..

Takdir seseorang di tangan Allah, bukan di tangan anda..sepatutnya imam menjadi sumber inspirasi. tetapi imam ini menjadi sumber runtuhnya semangat menuntut ilmu generasi.

Case 3:
Pernah pakcik saya meminta izin untuk buat 'talk' di masjid, lalu imam ni menjawab "awak tak tau ke masjid ni ada program sendiri, kami ada program budaya Quran tiap2 malam tau? tahlil dan tazkirah mingguan"..

Adakah anda fikir anak muda mahu duduk bersama orang2 tua mengaji Quran di Masjid? mereka anak muda yang tak suka program tradisional seperti itu. Mengaji al-Quran amalan mulia, tetapi perlu pendekatan baru. Bahkan anak imam pun malas bersama ayahnya mengimarahkan program masjid.Patutnya orang berilmu lebih arif.

Case 4:
Pernah seorang guru bawa anak2 muridnya berjemaah maghrib pada malam jumaat, minta tolong Imam buat solat hajat, baca yasin untuk students UPSR, ini dia soalan dari Imam yang hebat, "awak ada bawak surat tak? ada hitam putih tak?"

Case 5:
Situasi akhir, ketika ayah saya bawa seorang saudara baru mendaftar di Pejabat Agama, kebetulan ada seorang imam berurusan disitu, lalu ayah saya membawa muallaf tersebut berjumpa imam itu dengan harapan beliau mengucap tahniah dan memberi semangat kepada muallaf tersebut. malang sekali imam tu cuma berkata pada ayah saya "oh awak islamkan orang bukannya nak bagi tau saya ye" dia berlalu dengan wajah serius.. Apakah ini ajaran islam sebenar??

Solusinya, wahai pentadbir masjid, anda merupakan khalifah yang dipilih Allah untuk mentadbir rumahNya. Lakukan ia kerana Allah, bukan kerana anda dibayar gaji.  InsyaAllah masjid adalah tempat paling selesa untuk kita singgah.

Wahai remaja tiang agama, pasak negara pewaris bangsa, sesungguhnya Islam itu indah dengan sendirinya. bukan kerana penganutnya.terokailah keindahan Islam dengan mempelajarinya bukan mempelajari pengikutnya.

Andai masjid kini tidak mampu menarik hatimu, teruskan hadirkan dirimu kesana, sediakan dirimu untuk menjadi pewarisnya.  Jadikan masjid ini satu keseronokan kepada generasi sebelummu..

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan sholat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orag yang mendapat petunjuk”.
(At-Taubah ;18)

7 comments:

  1. suatu amnalisis yang bernas....masjid tu rumah Allah...sepatutnya, AJK tu buat la usaha untuk jaga, tapi jangan keterlaluan... biarkan x berkunci, tetapi benda2 berharga dijaga dengan baik....dan kemudian put trust in Allah... insyaAllah akan selamat.... kekadang, tengok orang agama ni makin extreme... sedang islam itu penuh dengan kesederhanaan...:-).. harap2, kita tak mengikut tingkah laku seperti kes2 di atas..amin...

    ReplyDelete
  2. paklah..terima kasih, patutnya barang2 berharga boleh disimpan dalam pejabat masjid, ruang solat patutnya tak dikunci...masjid yang besar2 biasanya ada pengawal keselamatan.. klu pencuri nak curi kipas, aircond lampu xkan laa pakgad tak perasan kan..

    situasi2 tu mmg memalukan..

    ReplyDelete
  3. assalam fazly..

    thanks kongsi entry pasal masjid..kdg2 sy pun ttanye2 jugak, nape masjid/surau perlu dikunci..spptutnye barang2 berharga disimpan dalam pejabat, n pjabat je ptotnyer dikunci..

    kdg2 musafir yg dtg dari jauh2, luar daerah tu xde tmpat nak berehat,xsalah nak tido kat masjid/surau asalkan xmndatangkan najis ..

    betulkan sy, klau salah ... :)

    ReplyDelete
  4. ALHAMDULILLAH...tahniah!
    meskipun perit tapi itulah realitinya....

    ReplyDelete
  5. adah: mmg betul pun..thanks=)
    terima kasih unknown, mudah2 an ada perubahan selepas ni, bermula dgn diri kita

    ReplyDelete
  6. saya juga pernah ditegur oleh pakcik cleaner masjid berkenaan, semasa ambil gambar. ayatnya bukan main metaforanya. tapi semuanya saya boleh patahkan. cuma pasal pakcik tu orang awam, malas nak bertekak. biar je lah. "qaluu salama"

    setuju dengan artikel ni. kadang2 ajk mesjid surau je pun, birokrasi melampau-lampau. mengalahkan pejabat kerajaan.

    ReplyDelete
  7. betol2..kadang2 pn nk solat dgn adik kecik pn dier marah..kata org masjid tu nnti xsah solat..pastu bila kita mntak mane hadith soheh,xmampu nk bg..kalo kami salah ckp la baik2..ni x..g tarik adik kuat2..sian tau budak kecik..biler budak2 kecik lari2 kt sejid pn kene rotan..mcm mane nk meriahkan masjid kalau org2 masjid mcm ni..kadang2 sedih tgk..xpelah..yg pnting kter kene rajin2 solat berjemaah di masjid..terutama kaum adam

    ReplyDelete