.::FuTure LeAdEr::.

Sunday, April 24, 2011

NyaMuk dan LalAt tu Pun TanDa KaSih SayAng Allah

Assalamualaikum kawan2..jumpa lagi kita..ni post kedua saya sepanjang cuti panjang ni... Alhamdulillah segala pujian bagi Allah..kerana Dialah yang menciptakan segala apa yang ada di bumi semata2 untuk kebaikan umat manusia:

Dan Dialah yang menurunkan air dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala tumbuh2an, maka kami keluarkan dari tumbuh2an itu tanaman yang banyak, dan kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak dan dari mayang kurma, mengurai tangkai2 yang menjulai dan kebun2 anggur dan kami keluarkan pula delima dan zaitun, yang serupa dan yang tak serupa. Perhatikan buahnya apabila ia masak. Sungguh, pada yang demikian terdapat tanda2 bagi orang yang beriman..(surah al An'am,99)

Bumi dan seisi alam ini khas untuk makhluk yang bernama manusia, hadiah cinta dari Khalik

Nikmat Allah takda siapa yang mampu mengiranya..Andai lautan itu dijadikan tinta dan semua pokok dijadikan kalam untuk menulis nikmat Allah, pasti kontang lautan itu kerana luasnya nikmat Allah kepada kita..

Dulu masa saya kecik2, saya pernah dengar ayah berbual2 dengan seorang kawannya berbangsa cina.  Kawannya bertanya, "agama Islam kata, semua yang ada dibumi adalah nikmat Tuhan, habis nyamuk yang hisap darah kita, bagi kita sakit tu nikmat Tuhan jugakah??"

Ayah saya dengan tenang bertanya semula "you tau nyamuk suka hisap darah, so, macam mana you nak halang nyamuk hisap darah you??"

Uncle tu pun jawab "I beli ubat nyamuk lah"

Ayah balas balik, "haa tau pun. you tau tak berapa ribu orang bekerja kat kilang ubat nyamuk?? cuba you bayangkan andai esok ditakdirkan nyamuk semua pupus, beratus2 kilang ubat nyamuk akan bankrup, masa tu berapa ramai yang hilang kerja?? masa tu berapa ramai yang akan kehilangan punca rezki?? masa tu berapa ramai anak2 terpaksa berhenti sekolah kerana parent mereka hilang kerja??"

Ayah sambung lagi "tu belum kira lagi ekonomi negara yang akan merosot sebab ramai hilang kerja, dan kilang ditutup, yang pasti, bangsa you yang jadi tokey kilang ubat nyamuk tu mesti muflis"

"tu lah harga yang you kena bayar kerana tak tahu nikmat seekor nyamuk.  kadang2 kesakitan yang kita rasa adalah kesenangan bagi orang lain"

Mantap jawapan ayah saya tu, Cina tu terkesima..huhu..

Situasi yang sama akan berlaku jika lalat juga pupus..kilang ubat taun pun bleh tutup kalau lalat pupus..


Pernah adik bongsu saya bertanya pada saya "Abang ngah, Allah kan Maha Baik, tapi kenapa Allah cipta ular, kala jengking dan binatang berbisa??kan bahaya untuk manusia??kalau macam tu, Allah tak baik lah"

Saya jawab, "Percaya tak, kalau binatang2 tu tak wujud, ramai manusia akan jadi jahat??"

Adik tanya balik, "Kenapa pulak??"

Saya sambung, "sebab Allah bagi amaran kat kita, azab2 kat neraka nanti terdiri daripada ular, jengking dan haiwan berbisa, kalau kat dunia ni xda ular, macam mana kita nak tahu ular kat neraka nanti macam mana bentuknya?? time tu takda sapa yang takut pada neraka, pastu takda sapa nak percaya adanya neraka, kesannya semua orang akan buat jahat sebab tak percaya pada balasan azab neraka"


Adik "oooo gitu, Maknanya Allah tu Baik laa??sebab Dia nak bagi tunjuk ajar pada kita"

lihatlah kawan2..sebut sahaja setiap makhluk dibumi ini, pasti disitu terletak kasih sayang Allah pada kita...walau pada nyamuk yang merimaskan, lalat yang menjijikkan dan ular yang menakutkan, disitu tersemat indah cinta Allah kepada makhluknya.masyAllah.. Subhanallah walhamdulillah wa Laa ilahaillaallah Allahu akbar

2 comments: