.::FuTure LeAdEr::.

Tuesday, March 9, 2010

Jangan taksub membidaahkan orang, guna pendekatan khilaf 1



rambut sama hitam, hati lain2. itulah bidalan lama yang dapat merujuk manusia yang sering berbeza pendapat. begitu juga dengan ulama yang sering kita dengar perbezaan pendapat mereka.Ulama berbeza pendapat jika isu yang dibangkitkan bersifat zhonni atau menerima perbezaan takwilan serta pandangan dalam keadaan yang baik. Mereka tidak pernah menjadikan perbezaan itu asas permusuhan.

Allah SWT berkuasa menjadikan manusia bersepakat di atas satu agama dan sependapat, tetapi Allah sengaja tidak berbuat demikian. memang menjadi fitrah manusia bebeza pendapat, tapi kita perlu berlapang dada untuk hormat pendapat orang lain.

Ada berpendapat perbezaan dalam kalangan ulama tidak sepatutnya berlaku kerana nas al-Quran dan Sunnah sudah ada. Justeru, mengapa masih bertelingkah? Pemikiran sebegini timbul kerana mereka kurang faham mengenai sebab khilaf di kalangan ulama.
Sifat ta'ssub (fanatik) dan berkelompok dengan satu pandangan perlu dihindari.

Ia boleh dielakkan jika ditangani dengan adab berkhilaf, antaranya:

1- Tidak memaksa orang lain mengikut pendapatnya semata-mata selagi perselisihan itu di tahap 'al-mukhtalaffih'.Tiada imam yang mengaku pendapatnya ialah wahyu. Malah, tiada sesiapa mendakwa orang yang tidak berpegang dengan pendapatnya melakukan maksiat.Sesungguhnya mereka hanya berijtihad mencari kebenaran dan ijtihad mereka terbina di atas dalil yang bersifat zhonni. Adapun yang qot'ie (jelas), tiada khilaf sesama mereka.
Disebut dalam Tarjamah Imam Malik rahimahullah, bahawa Abu Jaafar Al-Mansur pernah bercadang menjadikan kitab Muwatto' karangan Imam Malik rahimahullah sebagai rujukan lalu mengabaikan ijtihad dan pendapat lain. Maka, Imam Malik menolak cadangan itu kerana bimbang ia akan menolak pendapat ulama yang lain.

2- Tidak mengingkari pihak yang berlainan pendapat dengannya: Tidak melemparkan tuduhan bidaah atau sesat kepada orang yang tidak sependapat dengannya.Imam Al-Ghazali menyamakan masalah khilaf di kalangan ulama dengan masalah dua orang musafir yang berijtihad dalam masalah arah kiblat dan ijtihad mereka berbeza. Maka, kedua-duanya berhak solat ke arah kiblat yang disangka berdasarkan zhon mereka dan hendaklah menyekat diri daripada mengingkari temannya.
Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie pernah solat di belakang imam mazhab Maliki di Madinah padahal golongan itu tidak membaca bismillah (dalam al-Fatihah) secara perlahan atau kuat. Namun, hari ini kita sentiasa mendengar kalimah seperti bidaah, sesat, Wahabi dan yang sewaktu dengannya. to be continued...

No comments:

Post a Comment