.::FuTure LeAdEr::.

Tuesday, January 4, 2011

KiSah FadzLy Si AnaK Angkat Dan KeLuArGa AnGkaTnya

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua... adapun post ini ditulis pada malam tahun baru, yang mana IIUM sgt sunyi malam ni..kerana kuasa sambutan tahun baru yang begitu hebat.. apa entah yang seronok menunggu jam 12 malam..lepas tu menjerit satu!!! Malaysia!! satu!! Malaysia!!! haha.. kawan2 saya selalu cakap, "Fadzly ko ni takda life lah, keja ko duduk kat bilik, bukak buku, facebook, baca novel, buat asignment, tak bosan ke??" lalu saya dengan sopannya menjawab, "aku peduli apa?? aku yang tak bosan, ko yang risau pulak" hahaha..sopan kan??

haaa..malam ni saya nak story sikit pasal road to kedah yang saya join awal bulan 12 haritu.. Alkisah saya telah diajak kawan2 untuk join baktisiswa di Kedah..pada mulanya kami dimaklumkan akan diberi satu keluarga angkat..lalu nafsu saya yang gemuk tu pun berkata "wow! macam best je, mana tahu ada adik perempuan angkat yang cantik nanti".. lalu dibalas oleh iman saya yang sangat kurus "ehem3..betulkan niat ko tu fadzly" haha lalu saya berkata, " ye betulkan niat tu"..

dipendekkan cerita ni lah kampung Tepi Sungai, Kuala Muda, Kedah.. kampung ni lah dulu tempat berlakunya tragedi oktober..eh.. tragedi tsunami yang mengorban 11 orang penghuninya..

Kampung tepi Sungai..tapi sebenarnya kampung ni tepi laut..bukan sungai...


dan saya dan seorang lagi kawan, akmal telah diserahkan kepada ibu angkat kami, Mak Tam Sofiah yang kami panggil mak.. Mak Tam ni baru 5 bulan kematian suaminya, kesian.. orangnya lembut je..tak banyak cakap sangat..sekarang tinggal dengan anak perempuan dia..

sepanjang duduk kat sini, seronok sangat sebab tiap2 hari makan ikan segar..haha..Mak Tam nak beli lauk ayam, saya tak bagi..lauk ayam dah bosan sangat makan..ikan segar ni jarang2 boleh jumpa..huhu

Kadang tak paham juga saya diorang speaking utara ni..ada ajelah perkataan pelik yang saya dengar..contohnya ikan termenung (ikan kembung), anak menakan (anak sedara) dan bermacam2 lagilah..

Mak kami baik sangat..baik maccam Mak saya sendiri..pagi2 bangun masakkan sarapan..pastu siap basuhkan baju lagi..ada sekali tu kami pergi gotong royong kat dewan, dan waktu tu hujan, Mak Tam datang bawakkan payung..memang baiklah!

Gambar bersama mak2 angkat..yang duduk kanan sekali tu lah Mak Tam..yang bertopi tu pulak anak sedara angkat (ade ke anak sedare angkat??).. cucu Mak Tam..
Berat...

Second day, aktiviti pagi ni gotong royong, pagi tu hujan lebat..sejuk betul!! rasa nak tiidur je.. lepas je hujan berhenti kami bergotong royong lah kat surau dan dewan yang macam tak pernah dikemas..sampah dan rumput bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..haha..petang tu, gotong royong kat jeti pulak..MasyaAllah sampahnya bagaikan cendawan tumbuh dalam banjir..haha apa ak mengarut ni..tapi memang banyak sangat sampah..baunya? malas nak cerita..

Saya dan kawan yang gigih bergotong royong
ni dah bersih..asalnya tempat ni macam tempat buang sampah

berehat ditepi pantai selepas sehari bergotong royong

Malam tu, kami pergi ke pantai merdeka, katanya ada karnival, saya bawak lah Mak Tam sekali..tak lah dia bosan sangat kan...dan sempat saya beli hadiah untuk beliau..

Keesokan harinya, explorace dan sukaneka..biasa2 je..tapi yang penting sukaneka tu dijuarai oleh kumpulan kami, walaupun dituduh bermain tipu,,haha..mana ada saya tipu..saya berusaha menerapkan nilai kejujuran pada adik2 kami petang tu..hakhak..

Group explorace yang kalah..haha

Group sukaneka yang menang..sebelah saya tu lah faci yang dituduh menipu..haha

Pada malamnya pulak, ada dinner..dan saya dan kawan2 dikehendaki membuat sketsa..aduh, nasib baik tak kena berlakon..saya cuma jadi ustaz tukang cerita je..huhu..Budak2 kecik tu panggil saya Ustaz Zamri becerita..Nasib baik sketsa tu berjaya membuatkan orang yang menontonnya tetawa..haha

lepas tu kami makan lah bersama2..menu laksa kedah, mee goreng, ikan, bubur asyura dan lain2 lah.. tengah2 syok makan tu, adalah sorang adik tu cakap, "Hidung abang ni macam orang Palestin lah" haha saya jawab " pandailah ko, mana ko tau hidung orang Palestin macam ni?? ni hidung orang jawa tau" tak boleh blaa bdak ni..boleh plak dia membuat penilaian kat hidung orang masa tengah makan..haha
yang baju oren tu lah budak kecik yang banyak mulut...haha

Group sketsa..pengarahnya si daus berbaju belang..haa yang berkopiah tu Ustaz Zamri Bercerita
Bapak angkat yang garang senyum dan anak angkat yang 3 suku


Keesokan harinya, merangkap hari last, Mak Tam suruh anak2 angkat dia yang masak pulak..pagi2 kami dah meredah hujan dengan cucu Mak Tam, Zairi sebab nak cari ikan..pegi pekan takda ikan..lastnya kami pergi ke jeti..kat situ lah firstime saya tengok "bisik ikan"..orang kat sini, borong ikan pakai bisik2.. penjual akan dengar bisikan harga yang paling mahal sekali dari customer mereka.. pelikkan?? balik pada cerita cari ikan tadi..nasib baik dapat ikan fresh, dari bot saya beli..ikan termenung, nak buat laksa johor..huhu..

ni lah budaya pelik di pasar..main bisik2..senyap pasar kalau gini.

Saya masak laksa dan akmal pulak masak asam pedas..Nasib baik laksa tu menjadi dan sedap..Mak kami ni, kalau boleh satu kampung nak dipanggil dia, nak suruh tengok anak angkat dia masak..Mak Tam suruh saya jemput sorang budak sister ni makan kat umah dia..saya pun tak kenal sangat, tapi Mak Tam ni berkenan sangat dengan budak tu..dia jumpa masa gotong royong semalam..saya pun carilah budak tu, dan dia pun datang..Ada ke, Mak tam suruh saya "berkawan" dengan sister tu..saya ketawa je..saya ni dah la pemalu..ahaha..pemalu abes!

Petang tu kami solat zuhur bersama2..Akmal jadi imam..pastu Mak Tam menangis.."lain kali datang lagi ye..pasni mak sunyi korang takde..jangan lupa kat mak" isk isk..sebak jugak lah..tapi malu nak nangis..huhu.."InsyaAllah mak, kami datang lagi nanti"..

Para pelakon...

Last kenangan kat sini...

Dan petang tu kami bergerak pulang ke gombak dengan perasaan bercampur baur...Alhamdulillah banyak pengalaman baru lagi..peace =)

2 comments: